Perlis kaji larang merokok di rumah ibadat

    - Advertisement -

    PADANG BESAR: Selain tempat tumpuan pelancong kerajaan Perlis mengkaji melaksanakan larangan merokok di semua rumah ibadat di negeri itu.

    - Advertisement -


    Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Teh Chai Aan berkata, kerajaan negeri masih di peringkat memperhalusi cadangan berkenaan bagi kesejahteraan semua pihak.


    Katanya, penguatkuasaan larangan merokok di tempat awam serta premis penjualan makanan sebelum ini telah dilaksanakan.


    “Minimum kompaun RM30 dan denda melakukan kerja amal terhadap mana-mana perokok yang didapati membuang puntung di luar daripada tong sampah yang disediakan,” katanya selepas pelancaran kempen Melawat Malaysia 2020, di parkir Kompleks Gapura Square hari ini.

    HARAKAHDAILY 2/1/2020

    - Advertisement -