Peranan umat Islam Malaysia dalam isu Uyghur

Sebuah kajian gunaan dan operasi

- Advertisement -

ALHAMDULILLAH, siap juga akhirnya ‘tesis’ ini setelah seminggu berhempas pulas.

Pendahuluan

Isu Uyghur semakin mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia hari ini. Oleh kerana kita berkongsi akidah yang sama dengan mereka, maka perasaan simpati terhadap saudara seakidah itu tinggi. Ditambah dengan tuntutan agama sendiri yang menuntut supaya kita mengasihi sesama saudara seislam sebagai bukti keimanan.

Sabda Rasulullah S.A.W:

- Advertisement -



لَا يُؤمِنُ أَحَدُكُم حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

“Tidak beriman seseorang itu sehinggalah mereka mengasihi saudaranya seperti mereka mengasihi diri sendiri.”

[HR. Bukhari dan Muslim]



Walau bagaimanapun, isu ini menjadi sedikit rumit kerana ia bukan sekadar isu kemanusiaan semata-mata. Ia juga bukan isu keagamaan semata-mata. Ia turut melibatkan isu politik dalaman China dan isu persaingan kuasa besar di peringkat global. Pelbagai pihak cuba mempergunakan isu Uyghur bagi mencapai matlamat politik masing-masing.

Atas faktor kompleksiti ini, terdapat berbagai ulasan oleh pemerhati antarabangsa berhubung isu ini. Ada yang menjustifikasikan tindakan China hingga menjadi jurucakap tidak bertauliah kepada mereka. Ada juga pihak yang mengkritik keras tindakan China hingga menganggap mereka lebih kejam dari Zionis. Tidak kurang juga ada yang cuba mengambil pendirian ketiga yang agak sederhana tetapi tidak progresif.

Walau apapun pandangan yang ada, apa yang berlaku di sana tidak boleh dibiarkan sekadar berpandangan semata-mata. Perlu ada satu tindakan pro-aktif untuk menyelesaikan masalah ini oleh semua pihak terutama umat Islam. 

Namun begitu, isu ini perlu dicermati sebaik mungkin. Pandangan perlu dibina secara holistik dan komprehensif, sebagai langkah awal sebelum kita mengambil apa-apa tindakan. Gambaran (tasawwur) berkenaan isu ini perlu dibina dalam kerangka yang jelas. Bertindak tanpa memahami keadaan sebenar dan perkaitan dengan semua perkembangan di peringkat domestik dan global hanya akan memburukkan keadaan.

Satu kaedah fiqh menyebutkan:



الحُكمُ عَلَى شَيءٍ فَرعٌ عَن تَصَوُّرِه

“Menghukum ke atas sesuatu perkara terhasil dari gambaran yang jelas terhadapnya.”



Atas kepentingan di atas, kertas ini cuba untuk membentangkan beberapa perkara penting yang perlu difahami masyarakat Islam terutamanya. Bermula dengan menentukan fakta kejadian yang betul, kemudian memperbetulkan cara fikir (mind-set) terhadap isu ini, dan akhiri dengan mencadangkan beberapa solusi berupa tindakan yang perlu diambil oleh umat Islam pelbagai peringkat.

Kertas ini lebih secara lebih khusus ditujukan kepada umat Islam di Malaysia. Selain kerana faktor pengkaji daripada Malaysia, potensi yang ada pada umat Islam Malaysia sama ada pemimpin politik, alim ulamak, NGO dan orang awam sendiri dilihat mampu menjana satu inisiatif untuk umat Islam Uyghur, malah mungkin untuk umat Islam global. Di saat umat ini ketandusan khalifah, maka perlunya setiap umat di serata dunia menggalas peranan khalifah secara kolektif mengikut kadar kemampuan.

Kandungan (Rujuk gambar)

Penutup

Sebagai penutup, penting kepada umat Islam untuk mengaitkan semua yang berlaku hari ini dengan percaturan politik kuasa besar. Oleh itu kepedulian politik umat Islam perlu diperkasakan supaya tidak dipergunakan sewenang-wenangnya lagi.

Umat Islam juga perlu yakin bahawa walau sedahsyat manapun ujian yang menimpa umat akhir zaman ini, Nabi S.A.W telah menjanjikan akan tiba giliran Islam pula berada di puncak. Islam tidak akan sekali-kali binasa sebelum tiba masa kehancuran dunia. Kita sebenarnya sedang berada di zaman kebangkitan Islam. Sudah menjadi sunnah perjuangan, semakin dekat Islam dengan kemenangan, semakin hebat ujian yang akan dihadapi. Sabda Rasulullah S.A.W:



يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّـهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّـهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ

“Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).”

[As-Saff: 8]



Dengan tertegak khilafah Islamiah, barulah segala kemelut dunia akan berakhir. Bumi akan kembali aman di bawah kepimpinan Imam Mahdi dan Nabi Isa A.S. Bukan sahaja selamat dari ancaman US, China dan Yahudi, malah ancaman binatang buas pun akan terkawal(11). Sabda Rasulullah S.A.W:



يَنْزِلُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ إِمَامًا عَادِلًا ، وَحَكَمًا مُقْسِطًا ، فَيَكْسِرُ الصَّلِيبَ ، وَيَقْتُلُ الْخِنْزِيرَ ، وَيُرْجِعُ السَّلْمَ ، وَيَتَّخِذُ السُّيُوفَ مَنَاجِلَ ، وَتَذْهَبُ حُمَةُ كُلِّ ذَاتِ حُمَةٍ ، وَتُنْزِلُ السَّمَاءُ رِزْقَهَا ، وَتُخْرِجُ الْأَرْضُ بَرَكَتَهَا ، حَتَّى يَلْعَبَ الصَّبِيُّ بِالثُّعْبَانِ فَلَا يَضُرُّهُ ، وَيُرَاعِي الْغَنَمَ الذِّئْبُ فَلَا يَضُرُّهَا ، وَيُرَاعِي الْأَسَدُ الْبَقَرَ فَلَا يَضُرُّهَا

“Nabi Isa A.S akan turun sebagai pemimpin yang adil dan pemerintah yang saksama. Baginda akan mematahkan salib, membunuh babi,  mengembalikan keamanan, pedang akan berganti dengan sabit, manusia akan bebas dari wabak penyakit, langit akan menurunkan rezeki, bumi akan mengeluarkan keberkatan, sehingga kanak-kanak boleh bermain dengan ular tanpa memudaratkan, kambing digembalai oleh serigala tanpa memudaratkannya, dan singa mengembalai lembu tanpa memudaratkannya.”
[HR Ahmad]



Diharapkan agar kertas kerja ini dapat dipanjangkan ke segenap peringkat dan tempat. Sekiranya boleh diterjemahkan dalam bahasa utama dunia yang lain adalah amat baik supaya kesedaran ini dapat dimaksimumkan. Kertas kerja ini juga diharapkan dapat dibentangkan ke pelbagai sesi persidangan, wacana, ceramah atau apa sahaja platform ke arah membentuk kesatuan fikrah (wehdatul fikr).

Demikianlah serba sedikit maklumat dan cadangan yang boleh dibentangkan, sebagai suatu partisipasi kecil bagi menangani masalah yang amat besar ini. Walaupun ia ibarat burung yang menyimbah air dengan paruh bagi menangani kebakaran hutan, namun dengan usaha yang termampu ini, tawakkal kepada Allah dengan yakin Dia berkuasa melakukan apa sahaja.

ALANG IBN SHUKRIMUN
6 Jumadal Ula 1441
2 Januari 2020 – HARAKAHDAILY 2/1/2020

- Advertisement -