Dr Zakir Naik Ikon Dunia Islam – GAMIS

    - Advertisement -

    KANGAR: Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS) berharap isu soalan peperiksaan subjek Hubungan Etnik di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) tidak dijadikan isu.

    - Advertisement -


    Pengerusi GAMIS Perlis Muhammad Farizwan Azhar berkata, Dr Zakir Naik pernah menerima Tokoh Maal Hijrah peringkat antarabangsa daripada Yang di-Pertuan Agong pada 2013.


    Selain itu tokoh pendakwah itu juga pernah mendapat anugerah Raja Faisal dan diiktiraf sebagai 500 Muslim paling berpengaruh di dunia.
    “Bagaimana mungkin individu yang mendapat pengiktirafan tersebut tidak layak dianggap sebagai ikon dunia Islam.


    “Soalan yang diketengahkan di UniMAP sekadar mengiktiraf Dr Zakir sebagai ikon agama Islam dan bukan agama lain,” katanya di sini.


    Baru-baru ini tular kertas peperiksaan subjek Hubungan Etnik di UniMAP apabila dikait dengan Dr Zakir Naik dan pengenalan tulisan khat Jawi.


    Berikutan itu Kementerian Pendidikan menyiasat soalan peperiksaan tersebut yang mencetuskan kontroversi.


    Malah dalam kenyataan kementerian menganggap soalan terbabit sensitif disebabkan mempunyai kaitan dengan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), pengukuhan jawi dan Dr Zakir Naik sebagai ikon dunia Islam. – HARAKAHDAILY 2/1/2020

    - Advertisement -