Ronnie Liu: Kaduk naik junjung yang cukup bahaya

- Advertisement -

RONNIE Liu, ADUN DAP Sungai Pelek Selangor ini juga pimpinan DAP Pusat. Beliau seorang keturunan Cina yang bukan Islam.

Sebelum ini beliau hadir di Kajang bersama hampir 300 bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM) dalam majlis memperingati dan mengagungkan perjuangan pengganas Komunis yang diharamkan itu.

Terbaru dalam isu tulisan Jawi dan sekolah Vernakular Ronnie dengan biadab mempertikaikan kenyataan Dr Maza Mufti Perlis serta mendakwa yang Dr Maza tidak layak menjadi seorang Mufti.

Tidak pernah sebelum ini sesiapa pun di kalangan orang Melayu Islam tergamak mempertikaikan kelayakan dan pelantikan seorang Mufti. Kita mungkin ada kalanya tidak selari dengan pandangan mereka tetapi adat, adab dan budaya Melayu Islam tidak pernah mengajar kita bertindak biadab dan kurang ajar terhadap institusi yang dilantik Raja-raja Melayu ini.

Siapa si Ronnie ini?

Malah mana-mana pemimpin agama lain Kristian, Buddha, Hindu, Sikh dan apa sahaja, kita umat Melayu Islam diajar hormat dan tidak pertikaikan kelayakan mereka walau bukan Raja-raja Melayu yang lantik mereka.

Saya kira kenyataan Ronnie ini cukup biadab dan tidak wajar dikeluarkan apa lagi oleh seorang berstatus ADUN.

Kaduk bila naik junjung ternyata cukup bahaya.

- Advertisement -

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 1/1/2020

- Advertisement -