Jalinan Jiran Mesra pupuk sosial penduduk

- Advertisement -

INDERA MAHKOTA: Dewan Muslimat PAS Kawasan Indera Mahkota bersama Pusat Khidmat DUN Beserah telah menganjurkan Jalinan Jiran Mesra di Cawangan Beserah Selatan, di sini baru-baru ini.

Menurut ADUN Beserah, Andansura Rabu, PAS mengambil pendekatan untuk memastikan semangat kejiranan dapat dipupuk untuk membentuk satu masyarakat yang saling kenal mengenal terutama dalam kebajikan.

- Advertisement -



“Ini adalah tuntutan Islam. Sedangkan tuntutan kehidupan hari ini telah menyebabkan masyarakat semakin longgar untuk mengambil tahu soal kejiranan dan tiada masa untuk mengenali jiran mereka,” ujarnya.

Menurut beliau, program tersebut sebagai satu kaedah yang diambil untuk menghidupkan semula latar sosial masyarakat kepada semangat kekitaan dan mengambil berat kebajikan jiran tetangga di samping mengerat silaturahim.

Pengarah Pilihan Raya Muslimat PAS Indera Mahkota, Salbiah Seeni Abdul memaklumkan, penyertaan masyarakat pada aktiviti diadakan telah memeriahkan suasana di samping mereka mendapat manfaat daripada penganjuran julung kali itu.

Antara diadakan adalah majlis Solat Dhuha dan Hajat, urut refleksologi, solekan natural, jaringan bola jaring dan teka rempah, pakaian pre-loved, jualan ayam murah dan cabutan bertuah.

Selain itu turut diadakan ialah kaunter daftar pemilih dan semakan serta memperbaharui tempat mengundi dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). – HARAKAHDAILY 1/1/2020

- Advertisement -