Gunting rambut percuma bantu warga Damak

- Advertisement -

JERANTUT: Sekretariat ADUN Damak telah menjayakan program Gunting Rambut Percuma yang diadakan di Kampung Damak, di sini kelmarin dahulu.

Program ini bertujuan untuk meringankan beban para ibu bapa yang banyak mengeluarkan wang bagi persiapan sesi persekolahan baharu 2020.

- Advertisement -



ADUN Damak, Ustaz Zuridan Mohd Daud hadir bagi menyantuni penduduk kampung yang menyertai program ini dan turut dihadir Pengerusi JKKK Damak, Yahya Hassan.

Program ini, telah disertai oleh 70 peserta yang terdiri daripada kanak-kanak dan remaja lelaki yang akan memulakan sesi persekolahan tahun 2020.

Turut dibuka sempena program ini ialah kaunter daftar pemilih bagi menggalakkan anak muda yang telah cukup syarat mendaftar sebagai pengundi sah.

Ustaz Zuridan berkata, program Gunting Rambut Percuma ini akan diteruskan setiap tahun di mana tahun 2019 merupakan tahun kedua pelaksanaan program seperti ini.

Katanya juga, Sekretariat ADUN Damak sentiasa prihatin terhadap nasib rakyat yang terkesan dengan ekonomi kian meningkat dan komited membantu bagi meringankan beban rakyat. – HARAKAHDAILY 1/1/2020

- Advertisement -