Didik generasi celik al-Quran, warisi tulisan Jawi

    - Advertisement -

    TAMBUN: PASTI Kawasan Tambun kini telah berjumlah 20 Cawangan dengan pertambahan dua lagi Cawangan baharu bagi sesi 2020 bertempat di Meru Permai dekat Bandar Meru Raya dan di Bandar Baru Putra, Ulu Kinta, di sini.

    “Anak-anak di PASTI dididik dengan cara hidup Islam, dilatih menghafaz surah-surah terpilih daripada al-Quran serta hadis-hadis Nabi dan doa amalan harian.

    - Advertisement -



    “Malah generasi inilah yang dididik celik al-Quran dan mewarisi ilmu tulisan Jawi yang sangat penting untuk dipertahan generasi ke generasi,” ujar Ketua Pemuda PAS Tambun, Ustaz Hafez Sabri.

    Kata Ustaz Hafez lagi, sebagai rekod, PASTI secara rasminya menggunakan nama yang diselaraskan bermula tahun 1988 dan terus berkembang pesat sehingga kini malah disusuli pula penubuhan SRITI dan SMITI.

    Beliau turut berbesar hati dan gembira dengan para ibu bapa yang terus menerus memberikan sokongan kepada PASTI Tambun khususnya kerana meyakini sistem pendidikan berteraskan Islam dibangunkan PAS di Malaysia sejak akhir tahun 1970-an lagi.

    Ustaz Hafez turut menyampaikan pesanan selamat kembali ke sekolah kepada murid-murid sedia ada di PASTI dan SRITI serta selamat datang kepada murid-murid baharu ke PASTI dan SRITI Tambun bagi tahun 2020.

    Sumbangan dan infak orang ramai dalam pembangunan pendidikan ini amatlah dialu-alukan dan boleh disalurkan terus ke akaun Bank Islam, 08013010051250 atas nama PASTI Tambun. – HARAKAHDAILY 1/1/2020

    - Advertisement -