ADUN Jengka didik warga rai 2020 dalam batas syarak

    - Advertisement -

    KUALA KRAU: Pejabat ADUN Jengka dengan kerjasama PAS Kawasan Kuala Krau telah mengadakan satu program Sambutan Ambang Tahun Baharu sempena meraikan ketibaan 2020 di Dataran Jam Bandar Jengka, di sini semalam.

    Majlis bermula selepas Asar itu dengan persembahan kumpulan nasyid Amsyar dan anak-anak belia Masjid Jengka 10 diikuti solat Maghrib berjamaah dan Kuliah Maghrib oleh Kadi Daerah Maran, Ustaz Nik Ibrahim Nik Abdullah.

    - Advertisement -



    Selepas solat Isyak, hadirin dipersembahkan pula oleh kumpulan kesenian tradisional Pahang, Anak Kayan dan Xplorasi Band Buskers Jengka 14, selain anak-anak tahfiz al-Banna dan al-Hakim dari KOMTAQ, Kerdau.

    Turut memeriahkan majlis adalah acara cabutan bertuah yang memberikan pelbagai hadiah menarik antaranya hamper, barangan elektrik, basikal dan telefon pelbagai jenama.



    Antara tetamu turut hadir adalah Exco Hal Ehwal Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang, Dato’ Sri Ustaz Syed Ibrahim Syed Ahmad yang juga ADUN Kerdau dan Timbalan Ketua Umno Kuala Krau serta Pemilik Syarikat Rj Liner, Dato’ Che Rosli Che Mohammad.

    Menurut ADUN Jengka, Ustaz Shahril Azman Abd Halim al-Hafiz, program tersebut bertujuan memberi pengisian yang baik dalam batasan syariat terjaga antaranya pengisian selawat dan doa. – HARAKAHDAILY 1/1/2020


    - Advertisement -