Pemuda Kepala Batas santuni anak-anak asnaf

- Advertisement -

KEPALA BATAS: Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Kawasan Kepala Batas bersama PASTI Kepala Batas dan Pemuda PAS Cawangan Penaga telah menganjurkan program ‘Back To School’ (BTS) di Penaga, di sini kelmarin.

Program kebajikan ini mensasarkan para pelajar PASTI yang akan memasuki persekolahan Tahun Satu di mana peserta dipilih dalam kalangan pelajar daripada keluarga yang susah dan anak ibu tunggal.

- Advertisement -

Program BTS kali ini dilaksanakan secara lapangan iaitu turun ke setiap rumah keluarga pelajar yang disasarkan sekitar kawasan Kepala Batas seterusnya menyerahkan sumbangan secara langsung.

Antara lokasi progam BTS ini ialah Kuala Muda, Kampung Bakau Tua, Permatang Keriang, Lahar Minyak, Rantau Panjang, Padang Benggali, Permatang Sintok, Paya Keladi, Permatang Saga dan Pongsu Seribu.

Turut hadir bersama dalam program ini ialah Ketua Pemuda PAS Kepala Batas, Ustaz Muhammad Azam Abdullah yang memberi penyerahan bantuan kepada pelajar-pelajar yang terlibat.

Pihak Pemuda PAS menghargai pihak yang telah memberi sumbangan untuk menjayakan program ini dan berharap dapat diteruskan pada masa akan datang bagi membantu keluarga yang kurang berkemampuan. – HARAKAHDAILY 30/12/2019

- Advertisement -