Bila Ramasamy akan saman pihak konon penuduhnya?

Kaitan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Ealam (LTTE)

- Advertisement -

RAMASAMY muncul lagi…

Sebagaimana saya sebut semalam, tanpa Islam, Muslim dan Dr. Zakir Naik, mereka umpama ikan dikeluarkan dari air. Karier politik mereka akan lemas.

Ramasamy dengan LTTE bagaimana? Tempoh hari saya baca beliau kata akan saman saya kerana mengaitkannya dengan LTTE, tetapi apa yang berlaku adalah majoriti post beliau berkaitan dengan LTTE di Facebook Page telah dipadamkan dan saya masih belum menerima surat saman darinya!

Wahai Ramasamy, mana surat samannya atau takut untuk saman saya kerana takut bukti yang saya akan kemukakan di mahkamah yang telah anda padamkan itu akan berjaya mengaitkan anda dengan LTTE? Berani kerana benar padam kerana salah, Ramasamy.

Saya tunaikan kata-kata saya dengan menyaman dua individu yang fitnah saya iaitu Arunakiri Nathan dan Siti Kasim dan telahpun difailkan di mahkamah. Surat saman dari Ramasamy bila lagi nak sampai sebab peguam saya dah menanti lama dah agar kita boleh bongkar segalanya di mahkamah!

cc Prof. Dr.Ramasamy

FIRDAUS WONG WAI HUNG 
Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM) – HARAKAHDAILY 30/12/2019

- Advertisement -
- Advertisement -