Ziarah Jiwa Muslim ke Kg Orang Asli

- Advertisement -

LENGGONG: Briged Muslimat PAS Kawasan Bagan Serai bersama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Perak telah mengunjungi Kampung Orang Asli (KOA) Air Karah, di sini kelmarin dahulu.

- Advertisement -

Delegasi PAS Bagan Serai ini turut disertai Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS, Unit IT dan Media Baru Muslimat serta PAS Kawasan juga Pengarah Pilihan Raya N.11 Gunung Semanggol, Mahyuddin Rahmat.

Bersama dalam kumpulan ini ialah Pengerusi dan Setiausaha Yayasan Amal Malaysia Cawangan Perak iaitu Mohamad Man dan Muhammad Padli Aziz menyantuni 80 penduduk dari 13 keluarga.

Antara aktiviti diadakan seperti melukis dan mewarna kanak-kanak, kelas pengajian dan busana serta pemakaian tudung muslimah, selain berselawat beramai-ramai dalam rangka mengerat ukhuwah.

Juga diadakan adalah kenduri sekampung menyajikan juadah dibawa anggota Briged, selain kelas Iqra’ dan pertandingan memanah khas dari busar disediakan Tok Batin, Penghulu Malik.

Pertandingan merebut kerusi juga diadakan, selain cabutan bertuah dengan cara menyebut Asmaul Husna bagi memenangi hadiah. – HARAKAHDAILY 26/12/2019

- Advertisement -