Sumbangan BTS PAS Pulai bersama MIC

- Advertisement -

PULAI: Seramai 100 anak yatim dan pelajar miskin gembira menerima bantuan persekolahan iaitu baucar RM100 bagi pembelian barang persekolahan di Mydin Mall Mutiara Rini dari PAS Kawasan Pulai.

- Advertisement -

Program ‘Back to School’ (BTS) ini juga menyaksikan sepuluh pelajar berbangsa India turut mendapat sumbangan di mana penyertaan mereka diuruskan oleh pihak MIC Bahagian Pulai, baru-baru ini.

Majlis penyampaian baucar tersebut telah disampaikan oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Pulai, Dzulkifli Suleiman dan turut dihadiri Ketua MIC Bahagian Pulai, Kapten Ragu Supermaniam.

Objektif program ini dapat meringankan beban keluarga anak yatim dan miskin serta mengukuhkan Muafakat Nasional di Johor khususnya dalam Parlimen Pulai.

“Semoga dengan kerjasama program BTS bersama MIC, PAS dapat disebarkan secara positif di bumi Malaysia dan indikasi yang cukup signifikan dengan Muafakat Nasional yang diterjemahkan di dalam program ini,” ujar Dzulkifli Suleiman. – HARAKAHDAILY 26/12/2019

- Advertisement -