Perlu tindakan tegas ceroboh rizab sungai

Kawasan rizab sungai diceroboh bagi aktiviti pertanian.
- Advertisement -

KUANTAN: PAS Pahang menyokong tindakan tegas kerajaan negeri terhadap pencerobohan rizab sungai dan rizab jalan di kawasan tadahan air Kuala Terla Cameron Highlands.

- Advertisement -

Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abdul Jabar berkata, penerokaan tanah secara haram dan tanpa kawalan mengundang berlaku tanah runtuh.

Selain itu penerokaan tanah secara haram bagi aktiviti pertanian boleh menyebabkan sumber air tercemar kerana terdedah kepada aktiviti meracun.

“Loji Air Kuala Terla menjadi sumber air kepada lebih 70 peratus bekalan air bersih di Cameron Highlands yang melibatkan 8,332 akaun pengguna,” katanya di sini.

Baru-baru ini kerajaan Pahang mengarah kira-kira 60 pekebun kecil menghentikan penerokaan tanah secara haram di Kuala Terla, Cameron Highlands.

Berikutan itu seramai 12 pemimpin MIC termasuk pegawai khas Menteri Besar Pahang, Arumugam AV Pillai meletak jawatan kerana kecewa tindakan kerajaan negeri tersebut.

Timbalan Yang Dipertua PAS Cameron Highlands, Wan Mahathir Wan Mahmud pula berkata, kawasan itu menjadi rebutan pengusaha yang semakin serius kebelakangan ini.

“Pencerobohan semakin menjadi-jadi. Banyak hutan dimusnahkan untuk dijadikan kawasan pertanian oleh pelbagai pihak.

“Saya difahamkan pencerobohan hutan dilakukan pihak luar dan penduduk tempatan yang menggunakan pekerja asing,” katanya. – HARAKAHDAILY 26/12/2019

- Advertisement -