Gerhana tanda peringatan kepada umat manusia

- Advertisement -

REAKSI Nabi S.A.W apabila berlaku gerhana;

- Advertisement -



عَنْ أَبِي مُوسَى، قَالَ خَسَفَتِ الشَّمْسُ فِي زَمَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم

“Daripada Abu Musa R.A beliau berkata: Telah berlaku gerhana matahari pada zaman Nabi S.A.W.”

فَقَامَ فَزِعًا يَخْشَى أَنْ تَكُونَ السَّاعَةُ حَتَّى أَتَى الْمَسْجِدَ

“Lalu Baginda bangun dalam keadaan takut akan berlakunya hari Kiamat sehingga Baginda tiba di masjid.”

فَقَامَ يُصَلِّي بِأَطْوَلِ قِيَامٍ وَرُكُوعٍ وَسُجُودٍ مَا رَأَيْتُهُ يَفْعَلُهُ فِي صَلاَةٍ قَطُّ

“Lalu Baginda mendirikan solat yang paling panjang berdirinya, ruku’nya dan sujudnya yang pernah aku lihat Baginda lakukan di dalam solat.”

ثُمَّ قَالَ ” إِنَّ هَذِهِ الآيَاتِ الَّتِي يُرْسِلُ اللَّهُ لاَ تَكُونُ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ

“Kemudian Baginda bersabda: Sesungguhnya ini adalah tanda-tanda yang Allah hantar. Ia tidaklah berlaku kerana kematian atau kehidupan seseorang.”

وَلَكِنَّ اللَّهَ يُرْسِلُهَا يُخَوِّفُ بِهَا عِبَادَهُ

“Akan tetapi Allah menghantarnya untuk menimbulkan rasa takut pada hambaNya.

فَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْهَا شَيْئًا فَافْزَعُوا إِلَى ذِكْرِهِ وَدُعَائِهِ وَاسْتِغْفَارِهِ ”

“Apabila kalian lihat ia berlaku, segeralah mencari perlindungan dengan mengingati Allah, berdoa kepadaNya dan memohon keampunanNya.”

[Sahih Muslim, Kitab al-Kusuf, hadis no: 912]



USTAZ KHIRUL MUNTANAZAR ISMAIL
Naib Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat
Yang DiPertua PAS Kawasan Tebrau – HARAKAHDAILY 26/12/2019

- Advertisement -