Orientalis gambarkan Islam sebagai mitos, misteri

- Advertisement -

LUKISAN orientalis

(1)     Orientalis sejak zaman berzaman merancang untuk memburukkan Islam. Antara strateginya ialah menggambarkan Islam dari sudut persepsi yang salah.

Walau bagaimanapun istilah orientalis itu sendiri sudah lagi tidak diguna pakai oleh Barat. Ini kerana, istilah ini telah di’kantoi’kan oleh Edward Saed salah seorang penulis buku.

Hasil penulisan beliau memberi gambaran yang teruk terhadap kelompok orientalis ini sesuai dengan agenda mereka belakang tabir mereka.

(2)     Walaupun di sana terdapat perselisihan tentang awal kewujudan orientalis namun boleh kita anggarkan ia bermula sekitar selepas Perang Salib antara Salahuddin Al Ayubi dengan Byzantium.

(3)     Antara gambaran salah yang dilukiskan oleh orientalis ialah menceritakan bagaimana Islam itu adalah agama yang jumud dan ketinggalan.

Antara lain mereka menggambarkan Islam itu sebagai agama yang keras dan tegas tak tentu pasal, menindas kaum wanita atau bangsa lain dan mengancam agama lain.

(4)     Islam digambarkan oleh mereka sebagai agama yang tidak ada toleransi dan tiada kebebasan seperti mana larangan seseorang Islam itu untuk murtad. Tukar agama, kena bunuh.

Hukum hudud dijadikan instrumen yang paling sedap untuk membahan Islam. hukuman-hukuman terhadap penjenayah dianggap sebagai undang-undang zaman batu.

Apatah lagi ketika mana perancangan 11 September 2001 Islamophobia dilancarkan. Justeru modal-modal orientalis digunakan untuk memperkasakan Islamophobia.

‘Kealiman’ orientalis

(1)     Mereka mengkaji tentang Islam sudah ratusan tahun dan sanggup menghabiskan berbilion Dollar semata-mata untuk mengenali Islam.

Bukan untuk mendapat hidayah Allah S.W.T, akan tetapi untuk memerangi Islam. Sehingga lahir di kalangan mereka tokoh-tokoh yang ‘alim’ tentang Islam.

Ada yang menghafal ribuan hadis, ada yang menghafal al-Quran beserta tafsir-tafsirnya dan ada yang faqih dalam ilmu fekah. Segalanya bertujuan untuk memerangi Islam.

(2)     Kalau nak dibandingkan ilmu, mereka ada ilmu. Kalau nak dibandingkan dengan sanad, mereka juga berlonggok-longgok sanadnya. Akan tetapi keimanan mereka itu yang menjadi ‘problem’.

(3)     Kekufuran mereka tidak terzahir di luar kerana ia adalah amalan hati. Menyebabkan orang-orang Islam sendiri tertipu dengan wajah dan pakaian Arab mereka.

Cukup dengan menyimpan janggut, berjubah  berserban dan mengaji di Makkah sudah melayakkan seseorang orientalis itu dianggap sebagai Tok Guru atau Syeikh di kalangan orang Islam.

(4)     Kalau dahulu, yang masyhur antaranya Snouck Hurgronje. Berjanggut, berserban, berjubah, mengaji dengan Syeikh Zaini Dahlan di Makkah dan masuk ke Aceh membuka pondok.

Snouck Hugronje menyajikan dalil-dalil khilafiah yang menyebabkan umat Islam bertembung sesama sendiri. Antara ‘jasa’ beliau terbesar ialah memecahkan orang Islam Acheh kepada kaum tua dan kaum muda.

Kaum tua dan kaum muda dilaga-lagakan dengan masalah khilafiah sehingga akhirnya stamina mereka dihabiskan ke arah itu. Lalu Belanda menyerang dan umat Islam Aceh pun tumbang.

Islam dikaitkan dengan Kristian

(1)     Sejarah kejatuhan Acheh perlu dijadikan pengajaran oleh orang Islam supaya tidak terjerat dengan strategi orientalis untuk menggambarkan Islam yang salah.

(2)     Antara yang digambarkan oleh orientalis ialah Islam merupakan satu agama yang penuh dengan misteri. Seolah-olah cuba menyamakan dengan Kristian.

a-     Misteri dan ketahyulan di dalam Bible telah menyebabkan orang Kristian menjadi sesat. Mereka menganggap bahawa para paderi itu merupakan orang yang sama level dengan Tuhan.

Tidak boleh dipersalahkan dan tidak boleh dipertikai. Mereka yang mempertikai paderi  dianggap melawan Tuhan. Doktrinisasi ini ditanam kepada masyarakat Barat untuk memastikan survival pemerintahan bergereja

b-     Jadi, apa-apa fatwa yang dikeluarkan oleh gereja yang mesti diikuti secara Taqlid dan jangan banyak tanya. Mereka yang persoal fatwa gereja akan dihukum murtad sekalipun punyai hujah.

(3)     Realiti Kristian di zaman pemerintahan bergereja seolah-olah cuba diserapkan di dalam Islam oleh golongan orientalis. Mereka turut menggambarkan Islam itu sebagai agama yang misteri.

Cara paderi zaman Kristian terdahulu cuba di‘relate’kan dengan pendekatan para ulamak pada hari ini. Fatwa atau pandangan para ulamak dikritik oleh golongan-golongan Liberal atas alasan para Ulamak itu sama seperti paderi.

Hakikatnya golongan Liberal cuba menggunakan falasi falasi supaya kelihatan menang dalam berhujah, Hakikatnya mereka cuma menggunakan method Sophisme.

Frame dan perangkap

(1)     Syeikh Muhammad al-Ghazali di dalam bukunya yang bertajuk ‘Bukan Dari Ajaran Islam’ (ليس من الإسلام) ada menceritakan perkara ini. Dilihat bagi mengekang pendekatan orientalis di zamannya.

Antara yang disebut di dalam bukunya ialah permasalahan taklid, hal-hal syirik, bida’ah dan lain-lain. Tetapi kalau dibincangkan hari ini, pastikan kita terjerat dengan isu Salafi Wahabi.

(2)     Ini kerana isu Salafi Wahhabi ini dimainkan oleh Barat sendiri sepertimana yang dikaji-selidikkan oleh RAND Corporation. Kalau dahulu mereka mainkan isu Salaf dan Khalaf.

Hari ini, mereka main sentimen Salafi Wahabi, Sunni Syi’i dan pelbagai lagi bagi menjerat Umat Islam ke kancah pergaduhan sesama sendiri (civil war).

(3)     Civil War sesama Umat Islam ini pastinya menguntungkan Amerika, apatah lagi dalam mencaturkan strategi menguasai sesebuah negara Islam.

Framenya sama, cuma Umat Islam sahaja yang belum sedar dari tidur, dan ditipu berulang kali. Sama seperti gambaran-gambaran misteri dalam Islam yang dipromosikan oleh orientalis.

(4)     Sebuah artikel yang disiarkan oleh The Chronicle, yang bertajuk ‘The Myth of the Muslim World’ tulisan Asma Afsaruddin, menyatakan;

“In his influential History of the Saracen Empires, the early-18th-century British scholar Simon Ockley remarks benignly about Islam and its beliefs: “The intellectual image of the Deity has never been degraded by any visible idol; the hours of the Prophet have never transgressed the measure of human virtues; and his living precepts have restrained the gratitude of his disciples within the bounds of reason and religion.”

“Such views influenced Edward Gibbon and his largely favorable depiction of Islam in his The History of the Decline and Fall of the Roman Empire. Similar positive assessments of Islam continued to be found through the first quarter of the 19th century; Goethe lists the Prophet Muhammad as his third source of inspiration, after Jesus and Apollo”

“But a very different view emerges in the latter half of the 19th century. More typical of European attitudes during this period was that expressed by the French philosopher Ernest Renan in his now (in)famous lecture titled “Islam and Science,” delivered at the Sorbonne in 1883″

“Renan pilloried Islam as being opposed to reason, progress, and reform. Continuing a familiar Orientalist theme grounded in the racial theories of the period, he attributed medieval Arab advances in the sciences and philosophy to Aryan and non-Muslim (primarily Greco-Sassanian) influences”

Orientalis cuba corakkan Islam

(1)     Antara mitos atau misteri yang dihuraikan oleh para orientalis mengenai kisah Nabi Adam A.S, Iblis dan para malaikat di dalam syurga dan kemudiannya tercampak ke atas muka bumi.

Ada juga yang menceritakan tentang Israk dan Mikraj yang dianggap sebagai satu mitos oleh para orientalis. Kisah-kisah bidadari di dalam syurga juga menjadi modal mereka.

(2)     Walaupun apa yang dibawa oleh mereka itu memang terdapat di dalam al-Quran dan Hadis, tetapi kebijakan mereka mengolah hal-hal tersebut menjadi satu yang dominan di dalam Islam.

Seolah-olah Islam itu hanya mengejar akhirat semata-mata dan tinggalkan dunia. Apatah lagi isu antarabangsa, politik Islam dan istilah negara Islam, kesemuanya dianggap bukan daripada Islam.

(2)     Para orientalis mencorakkan Islam itu mengejar akhirat dan tinggalkan dunia. Antara yang ditulis oleh mereka berkenaan dengan khalwat Nabi Muhammad S.A.W.

Lalu mereka mengajak umat Islam supaya meninggalkan politik, mengejar kezuhudan dan mengabaikan rumah tangga. Seolah-olah Islam itu hanya ada khalwat dan penyucian jiwa sahaja.

(3)     Sebab itulah mereka mengatakan politik itu kotor dan umat Islam mesti dijauhkan daripada politik dan pemerintahan. Agenda orientalis ini menyebabkan idealogi kafir bermaharajalela.

Memang benar karamah itu ada dalam Islam akan tetapi orientalis cuba membesar- besarkan ‘keajaiban’. Sehingga Umat Islam beramal, hanya untuk mengejar keajaiban bukan mengejar fadilatnya. – HARAKAHDAILY 24/12/2019

- Advertisement -
- Advertisement -