PAS rakam takziah buat keluarga Najib, Nabil

    - Advertisement -

    PAS Perak mengucapkan takziah kepada keluarga Almarhum Muhammad Nabil Muhamad Fakri dan Almarhum Muhammad Najib Muhamad Fakri serta seluruh warga PAS Bukit Gantang khususnya atas pemergian kembar tersebut yang terlibat dalam kemalangan jalan raya sekembali daripada bertugas di Pusat Tarbiyah PAS Negeri Perak, Ayer Kuning.

    Almarhum Nabil terlebih dahulu pergi bertemu Ilahi pada 7 Disember baru-baru ini di tempat kejadian dan hari ini 23 Disember, Almarhum Najib juga kembali kerahmatullah dalam suasana penuh hiba. Adik-beradik kembar ini merupakan anggota Jabatan Amal Malaysia (JAM), petugas jemaah yang sangat berdedikasi dan disenangi oleh rakan-rakan.

    Badan Perhubungan PAS Negeri Perak melahirkan rasa dukacita atas kehilangan kedua-dua insan yang sangat berjasa ini dan mendoakan agar rohnya tergolong di kalangan orang-orang yang beriman dan mendapat keampunan dari Allah S.W.T.

    Salam Takziah,

    YB HJ RAZMAN ZAKARIA
    Pesuruhjaya PAS Negeri Perak
    Adun Gunung Semanggol

    23 Disember 2019
    26 RabiulAkhir 1441H – HARAKAHDAILY 23/12/2019

    - Advertisement -
    - Advertisement -