KEMUDI bantu ringan bebanan wartawan

Azran Fitri Abdul Rahim menyampaikan sumbangan kepada Afrizam Drawi @ Md Arif.

KOTA BHARU: Kelab Wartawan Kelantan Darulnaim (KEMUDI) menyampaikan sumbangan RM1,000 kepada suami wartawan sambilan Bernama Habsah Ismail, Afrizam Drawi @ Md Arif.

Advertisement

Sumbangan berkenaan disampaikan presidennya Azran Fitri Abdul Rahim bagi membantu kos rawatan Afrizam yang menjalani pembedahan ‘bypass’ beberapa hari lalu.

Azran berkata, pesakit terbabit kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab ll dan selamat menjalani pembedahan.

Katanya, sumbangan berkenaan disumbang ahli-ahli Kemudi bagi membantu ahli dan keluarga yang mengalami masalah.

“Kos rawatan yang diperlukan sekitar RM15,000, Kemudi membuka tabung untuk membantu Afrizam.

“Tambahan pula anak sulung mereka akan memulakan persekolahan di Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Fariz Petra tidak lama lagi,” katanya di sini.

Habsah mengucap terima kasih kepada rakan-rakan media khususnya KEMUDI yang membantu meringankan bebanan beliau dan suaminya.

Katanya, suaminya masih cuti tanpa gaji sehingga Februari tahun hadapan. – HARAKAHDAILY 23/12/2019