BTS Zon Perpaduan ukir senyuman asnaf

- Advertisement -

TAMBUN: Golongan asnaf terus menerima perhatian daripada PAS terutamanya pada hujung tahun khususnya dalam membantu kebajikan mereka yang lazimnya membuat persediaan sesi persekolahan baru.

- Advertisement -

Ketua PAS Zon Perpaduan, Eddy Nor Abdul Manan berkata, usaha menerusi program ‘Back to School’ (BTS) diteruskan PAS pihaknya dalam memastikan hal ehwal kebajikan masyarakat sentiasa diberi perhatian.

Terdahulu, program tersebut telah diadakan di Markaz PAS Taman Hiburan, di sini semalam dan disempurnakan dengan ucapan perasmian oleh Ketua Ulamak PAS Tambun, Ustaz Rusdi Saad.

“Islam adalah agama yang menggalakkan hambanya saling menolong, membantu dan memperkuat antara satu sama lain. Amat besar ganjarannya apabila kita melepaskan saudara kita yang dalam kesempitan dunia, yang berada dalam kesusahan hidup,” terangnya.

Ustaz Rusdi juga menyatakan, gerak kerja kemasyarakatan beginilah yang dituntut oleh Islam supaya masyarakat hidup harmoni melalui amalan tolong-menolong serta mengeratkan silaturahim bagi mencapai redha Allah.

Program tersebut telah diserikan dengan gimik perasmian pemakaian tudung serta baju sekolah kepada salah seorang penerima oleh Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Zon Perpaduan, Khamisah Abd Hamid.

Seluruh 23 penerima bantuan awal persekolahan ini telah menerima bantuan set pakaian rasmi sekolah serta sebuah beg galas dengan nilai setiap penerima dalam anggaran RM150 seorang. – HARAKAHDAILY 23/12/2019

- Advertisement -