‘Beautiful Xinjiang’ sekadar tutup kekejaman China

    - Advertisement -

    KANGAR: Persembahan kebudayaan ‘Beautiful Xinjiang’ yang memaparkan kebudayaan Uighur Xinjiang, China di Malaysia baru-baru ini dianggap usaha mahu menutup kekejaman Kerajaan China terhadap etnik terbabit.

    - Advertisement -

    Ketua Dewan Muslimat PAS Perlis, Ustazah Latifah Mat berkata, sepatutnya persembahan itu dibatalkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) memandangkan kekejaman Kerajaan China terhadap etnik Uyghur tidak dapat diselindung lagi.

    “Malah rakyat Hong Kong di China mengadakan tunjuk perasaan menyatakan kemarahan mereka terhadap tindakan politik Kerajaan China memasukkan orang Islam Uighur dalam kem,” katanya di sini.

    Sabtu lepas persembahan kebudayaan ‘Beautiful Xinjiang’ yang mengetengah kebudayaan Uyghur Xinjiang diadakan di Bangi bersempena ulang tahun ke-45 hubungan diplomatik Malaysia-China.

    Persembahan itu diadakan di Bangi Avenue Convention Centre (BACC) memaparkan 14 persembahan tarian kebudayaan dan nyanyian dari Kumpulan Xinjiang Song And Dance Ensemble Of Art Theatre.

    Program terbabit mengakhiri siri jelajah rombongan kebudayaan Uyghur Xinjiang, China di negara ini. – HARAKAHDAILY 23/12/2019

    - Advertisement -