PAS Pasir Salak ringankan belanja sesi baharu sekolah

- Advertisement -

PASIR SALAK: PAS sentiasa prihatin terhadap kebajikan golongan memerlukan terutama dalam suasana ekonomi negara yang semakin tidak menentu di bawah pemerintahan PH.

- Advertisement -

Sehubungan itu, meluaskan lagi peranan dan gagasan Negara Berkebajikan, maka PAS Kawasan Pasir Salak telah menganjurkan program ‘Back to School’, kelmarin dahulu.

Program anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pasir Salak ini telah dilangsungkan dengan kerjasama Muslimat PAS Pasir Salak di Pasaraya SAKAN, Kampung Gajah, di sini.

Menurut Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pasir Salak Rohizal Jamali, usaha ini untuk meringankan beban ibu bapa dalam persiapan anak-anak ke sekolah tidak lama lagi.

“Program tahunan kali keenam ini melibatkan seramai 60 pelajar yang layak dalam kalangan penduduk Parlimen Pasir Salak. Setiap penerima mendapat sumbangan bernilai RM100 tunai untuk membeli barangan keperluan persekolahan,” ujarnya.

Maklum beliau, semua pemberian tersebut adalah hasil sumbangan para dermawan yang sangat dihargai kemurahan hati tersebut kerana telah menceriakan para penerima.

Ketua Muslimat PAS Pasir Salak, Jamaliah Sudin berkata, Pasaraya SAKAN telah dipilih selama 6 tahun berturut-turut bersesuaian  dengan kempen BMF yang dilaksanakan di seluruh negara.

“Sumbangan yang tidak seberapa ini diharapkan dapat memberi semangat kepada anak-anak mereka untuk belajar pada sesi persekolahan tahun depan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 22/12/2019

- Advertisement -