Walimah Perdana PAS Raub rai 8 pasangan

- Advertisement -

RAUB: PAS Kawasan Raub buat julung kalinya telah mengadakan Walimah Perdana yang dilangsungkan di Dewan Terbuka Pekan Sari Dong atau lebih terkenal dengan Pekan Rabu Dong, di sini baru-baru ini.

- Advertisement -

Seramai lapan pasangan pengantin menyertai majlis ini termasuk Ketua Pemuda PAS Raub, Muhammad Ikram Arham Amran dan pasangannya, Nurul Amirah Mat Ali bermula dengan acara akad nikah di Masjid Dong Jaya.

Menurut Yang DiPertua PAS Raub, Mohamad Nilam Abd Manaf, majlis ini bertujuan membantu memudahkan anak muda yang kurang berkemampuan memenuhi impian mereka untuk mendirikan rumah tangga.

Jelasnya, menerusi majlis tersebut, pasangan tidak perlu menyediakan wang perbelanjaan yang banyak, sebaliknya hanya dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM2,500 sahaja bagi tujuan majlis.

Manakala selainnya ujar beliau, segala perbelanjaan kenduri, penyediaan tempat dan keperluan lain disediakan pihak penganjur secara muafakat dan kerjasama bersama Umno Bahagian Raub dan jabatan kerajaan.

Adun Dong, Dato’ Shahirudin Moin dan jawatankuasanya turut membantu menyediakan pelbagai kemudahan selain beliau turut menyumbang sebuah motosikal SYM100SR sebagai hadiah cabutan bertuah.

Menurut Mohamad Nilam lagi, kesempurnaan dan kerjasama pelbagai pihak pada majlis tersebut merupakan satu bentuk kebajikan yang diharap dapat terus dilangsungkan kelak. – HARAKAHDAILY 21/12/2019

- Advertisement -