Budaya mengangkat selebriti: Tanda akhir zaman

- Advertisement -

SABDA Nabi S.A.W:

- Advertisement -



والذي نفس محمد بيده لا تقوم الساعة حتى وذكر منها:و يهلك الوعول و يظهر التحوت >> فقالوا: يارسول الله وما الوعول و مالتحوت؟ قال: << الوعول وجوه الناس و اشرافهم و التحوت الذين كانوا تحت اقدام الناس لا يعلم بهم >>

“Demi yang menggenggam diri Muhammad, kiamat tidak akan berlaku melainkan setelah(antaranya): Al-Waul binasa dan Al-Tahut muncul.

“Sahabat bertanya siapa Al-Waul dan al-Tahut?

“Baginda bersabda: Al-Waul adalah orang-orang mulia dan dihormati. Al-Tahut pula adalah mereka yang asalnya di bawah kaki manusia, tidak dikenali tentangnya.”

[HR Hakim dan Thabrani]



Menurut Syeikh Muhammad al-Arifi:
Al-Waul boleh dikategorikan sebagai cendekiawan. Al-Tahut pula adalah selebriti.

Boleh jadi kemunculan al-Tahut adalah disebabkan mereka memegang jawatan, atau sering ditampilkan di media massa sehingga menjadi idola orang awam.

Kebinasaan al-Waul pula adalah berpunca dari tekanan dan sabotaj terhadap ulamak, intelektual dan tokoh yang menyumbang kepada masyarakat.

Lihatlah dunia hari ini. Orang lebih mengenali artis, ahli sukan, pemimpin populis dan seumpamanya. Sedangkan intelek dan pakar yang membuat penemuan bernilai dalam berbagai bidang, mereka tiada tempat dalam arus massa.

*Gambar dan petikan diambil daripada buku Nihayatul Alam; Syeikh Muhammad Al-Arifi Hafizahullah.

ALANG IBN SHUKRIMUN
21 Disember 2019
23 Rabiul Akhir 1441 – HARAKAHDAILY 21/12/2019

- Advertisement -