Susu kanak-kanak: Hasilkan banyak produk tempatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan diharap dapat memberi perhatian kepada langkah mewujudkan produk susu formula tempatan sebagaimana kajian pasaran telah dilakukan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).

- Advertisement -

Ketua Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata, sepertimana sedia dimaklumi, produk yang terdapat di pasaran kebanyakannya dari negara luar dengan harganya agak mahal.

“Apatah lagi hari ini, lebih ramai wanita yang terpaksa masuk bekerja lebih awal dan ‘memisahkan’ anak daripada menyusu badan lebih awal. Adapun, sebenarnya banyak aspek perlu diteliti berkenaan penyusuan badan ‘breastfeeding‘.

“Keperluan khasiat kanak-kanak perlu diteliti kerajaan, misalnya bagi wanita bekerja yang memerlukan satu ruang menyusu dan sebagainya. Kalau boleh kita mahu anak-anak kita dapat khasiat menyusu badan secara penuh,” harapnya.

Menurut Ahli Dewan Negara itu, Korea Selatan dan Itali berjaya menurunkan harga purata susu rumusan bayi selepas pengenalan jenama dalaman (in-house brand) dilakukan oleh negara tersebut.

Oleh itu serunya, beliau berharap negara ini boleh memberi perhatian dan mengusahakan langkah mewujudkan produk susu formula tempatan. – HARAKAHDAILY 20/12/2019

- Advertisement -