Bertegas terhadap iklan aplikasi Sugarbook

- Advertisement -

PELBAGAI tekanan ke atas penderitaan umat Islam semakin bertambah dari hari ke hari. Terkini bagaimana serangan menggunakan teknologi aplikasi disifatkan untuk ‘menempah’ melibatkan dua Sugar yakni Sugardaddy dan Sugarbaby.

Jika dulu aktiviti menempah Sugar ini dilakukan secara bersembunyi dan di premis-premis tertutup sahaja, kini lebih terbuka dan mudah di hujung jari.

Bukan isu tidak mahu memanfaatkan kelajuan teknologi tetapi apa isi kandungan melibatkan pencapaian sesuatu kemajuan teknologi itu.

Pemilik perniagaan ini di dalam kenyataam balas menjelaskan, aplikasi tersebut bukan untuk pelacuran tetapi lebih kepada konsep bertemu jodoh.

Golongan korporat Kapitalis boleh mengandaikan apa sahaja kerana bagi mereka, semuanya adalah berdasarkan keuntungan material semata-mata dan bukan soal Halal Haram.

PAS Kedah memandang perkara ini sebagai perkara baru yang besar dalam usaha memperkayakan golongan Kapitalis, namun dalam masa sama menjerumuskan nilai-nilai adab agama dan adat bangsa.

Janganlah menunggu sudah terantuk baru nak tengadah, cegah sebelum berlaku dan menyesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

PAS Kedah juga mendesak pihak Kerajaan Pakatan Harapan menjelaskan apakah aplikasi ini bertepatan dengan agama dan slogan Rahmatan Lil-Alamin yang galak  dipergunakan.

Justeru, satu tekanan segera dan tindakan tegas perlu dikenakan terhadap pemilik perniagaan ini selain membuang iklan billboard yang terpasang di ibu negara .

“Islam Memimpin Perpaduan”

Sekian, Terima Kasih

Salam Hormat,
USTAZ HAJI AHMAD YAHAYA
Alor Setar.
Tarikh: 24 Rabiul Akhir 1441H /20 Disember 2019M – HARAKAHDAILY 20/12/2019

- Advertisement -
- Advertisement -