Poli

- Advertisement -

DULU sumpah dia tak mahu buat, sekarang Poligraf dia macam tak mau pakai. Tapi tang orang lain, baru kena tuduh pun, dia dah kata bersalah, tak ada Poligraf ke tak sumpah ke, tak masuk mahkamah ke, dia tak kira, sebab kalau dia tuduh, mesti salah. Tapi dia, dah dua kali bersalah, masih dia kata tak bersalah. Sebab apa? Dia difitnah katanya, jangan tuduh dia, kalau tak nampak apa yang dia buat.

Sedap dia saja, langsung tak ada bukti, ambillah kertas fotokopi yang hitam legam ke buat-buat baca depan orang, tuduh orang terima rasuah. Sampai sekarang, hangit, tak bawa ke SPRM pun. Dan SPRM pun dah keluar kenyataan menafikan kes rasuah RM90 juta itu. Ada dia minta maaf? Dia guna Politik tahi ayam.

Teringat dulu ketika polemik Hudud, Almarhum TGNA kata kat dia yang masih dalam Umno ketika itu dan kawan-kawannya, kalau Hudud PAS dikata menyalahi Hudud Allah, mana Hudud Umno? Inilah yang kita nak, Politik Islam. Kita cabar dia supaya keluarkan yang paling baik untuk agama. Sama macam zina, Islam larang zina, Islam sediakan platform pernikahan sebagai alternatif.

Sekarang kaedah dua-dua cara dah ada. Kaedah kafir, guna Poligraf, kaedah Islam, guna saksi sumpah. Kalau dua-dua ini tak boleh pakai, nak guna kaedah mana? Ada lagi ke cara lain? Tunjukkan cara itu. Sehingga sekarang, dia sendiri tak berani dah nak cabar supaya bicara kes dia di Mahkamah Syariah. Ada dia sebut?

Jadi sekarang, apa yang perlu kita buat, kita tunggu Polis datang tangkap dia. Kalau dia tak mahu pakai Poligraf tak apa, boleh try Poligami. Tapi kalau tak selera dengan Poligami, bolehlah pakai Polident untuk gigi palsu, kalau dia ada pakai lah.

Tapi harapnya kalau kena bicara pula, janganlah jadi macam orang kena sakit Polio pulak. Dulu dah macam nak lumpuh, sakit tulang belakang, nak pergi Jerman lah nak buat rawatan. Sama juga macam kes arsenik, konon sama macam Napoleon kena seksa lah, apa lah. Hidup pun lagi sekarang. Entahlah, aku tengok elok saja.

Ini aku panggil Poli-pat…. Politik lipat rakyat.

Ini bukan aku kata dia bersalah, tapi bandingan kes dia dengan kes orang.

Aku doakan sebelum dia melipat rakyat dengan lebih parah, Tun akan melipat dia dahulu mengikut Polisi negara. Mereputlah Politikus ini menunggu jadi PM8. Amin.

MOHD NASIR ABDULLAH
19 Disember 2019 – HARAKAHDAILY 19/12/2019

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -
- Advertisement -