PAS Kulai ringankan beban mangsa banjir

KULAI: PAS Kawasan Kulai telah memberikan sumbangan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Kampung Murni Jaya, di sini semalam.

Advertisement

Pemberian tersebut bertujuan meringankan beban perbelanjaan harian keluarga mangsa banjir yang telah beberapa hari berada di PPS Murni Jaya ini.

Sumbangan ini telah disampaikan oleh Yang Dipertua PAS Kulai, Abdul Aziz Jaafar dan juga Naib Yang Dipertua PAS Kulai, Wan Razali Wan Din dan turut dihadiri Ketua Pemuda PAS Kulai, Fauzi Che Ahmad.

Juga bersama semasa serahan itu adalah Ketua Penerangan PAS Kulai, Ramli Haron, wakil ARC Kulai selaku Ketua Cawangan PAS Bukit Permai, Kamal Hamzah dan Setiausaha Umno Bahagian Kulai, Norhisham Manaf.

Selain daripada itu, golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) juga tidak ketinggalan menerima sumbangan supaya semua mangsa banjir mendapat manfaat daripada bantuan ini.

Selepas ini, satu lagi program pasca banjir akan adakan PAS Kawasan Kulai untuk PPS Sungai Siam melibatkan seramai 31 keluarga yang juga terlibat banjir kali ini. РHARAKAHDAILY 19/12/2019