MPKK: Perlu penjelasan rasmi kementerian

    - Advertisement -

    KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memohon penjelasan rasmi berhubung status Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di negeri itu.

    - Advertisement -

    Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, kerajaan negeri telah menghantar surat kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) berkaitan perkara itu.

    Katanya, kerajaan negeri mahu penjelasan secara rasmi berhubung perkara itu.

    “Andainya MPKK peringkat negeri yang ada sekarang ingin dimansuhkan, biarlah ia dibuat secara rasmi sebagaimana penubuhannya juga dibuat secara rasmi,” katanya kepada media selepas mesyuarat Exco, di MABNA MBI Kota Darulnaim hari ini.

    Kerajaan pusat sebelum ini mengumumkan penubuhan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Persekutuan di negeri yang diterajui pembangkang berkuatkuasa tahun hadapan.

    Ia bagi menggantikan MPKK sedia yang diwujudkan di setiap negeri bermula tahun lepas.

    Malah Penyelaras MPKK Persekutuan Kelantan Dato’ Sazmi Miah sebelum ini berkata, pembentukan MPKK negeri dengan kerjasama antara PH dan kerajaan negeri di Kelantan terbatal. – HARAKAHDAILY 18/12/2019

    - Advertisement -