‘App Sugarbook’ wajar diharamkan

- Advertisement -

EKORAN reaksi negatif orang ramai, pengasas dan Ketua Eksekutif Sugarbrook, Darren Chan, petang ini mengeluarkan kenyataan mendesak supaya Sugarbook tidak diharamkan.

- Advertisement -

Kata beliau, Sugarbook adalah usaha untuk memberdayakan wanita dengan memberikan mereka kebebasan untuk memilih apa yang mereka mahu dalam hubungan tanpa ada halangan.

Kata beliau lagi, ‘Sugar Babies’ dan ‘Sugar Daddies’ bukanlah mengenai seks manakala pengharaman Sugarbook dibimbangi akan menghakis hak dan kebebasan rakyat Malaysia.

Memberdayakan wanitakah bila memaparkan mereka dengan aksi-aksi lucah seperti tertera dalam foto-foto ‘Masquerade Party‘ pada 31 Mei 2019 yang saya pun tak tergamak nak siarkan?

Tak tahukah Darren bahawa Islam adalah agama Persekutuan dan perilaku umat Islam adalah terikat oleh ajaran agama, termasuk dalam memilih apa yang mereka mahu dalam hubungan?

Tak tahukah Darren bahawa hak dan kebebasan rakyat Malaysia adalah tak mutlak tetapi terikat oleh kepentingan keselamatan Persekutuan, ketenteraman awam dan prinsip moral?

Bagaimanakah mahu dikatakan ‘Sugar Babies’ dan ‘Sugar Daddies’ bukanlah mengenai seks bila Sugarbrook sendiri menyebut kualiti ‘Sugar Babies’ yang dimahu adalah “harimau atas katil”?

Atas kepentingan keselamatan Persekutuan, ketenteraman awam dan prinsip moral, kalaupun tidak agama, sangatlah wajar jika App Sugarbrook diharamkan terus dari beroperasi di negara ini.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 18/12/2019

- Advertisement -