Agamawan acuan Barat: Mengekang kesatuan Islam

- Advertisement -

FRAME Amerika

(1)     Bagaimana untuk menjadikan umat Islam terus berpecah? Sepertimana yang telah saya tulis dalam beberapa artikel bagaimana Barat melihat pesaing mereka selepas Soviet ialah Islam.

Soviet kalah pada 1991. Di saat itu juga Islam bangkit sekalipun melalui sistem demokrasi acuan Barat yang dipromosikan ‘gila-gila’ sejak 1983.

Antara yang menang dalam dimensi Demokrasi ketika itu ialah Parti Refah di Turki, Front Islamic Salvation di Algeria dan PAS di Malaysia memenangi Kelantan.

(2)     Lalu bagaimana nak berhadapan dengan Islam dalam keadaan wajah Amerika yang mengamalkan kebebasan, ialah dengan mencorak fenomena Islamophobia.

Agenda Islamophobia ‘diletupkan’ pada peristiwa 11 September 2001. Mereka sanggup meruntuhkan mercu tanda Amerika WTC demi membina persepsi negatif kepada Islam.

(3)     Sebelum agenda ini diletupkan, mereka mengadaptasi minda dunia dengan mewatakkan Osama Ben Laden. Justeru, apabila WTC runtuh, Amerika ‘ada modal’ untuk cari pasal dengan Islam.

a-     Antara yang menyayat hati, Amerika masuk Darfur, Sudan pasca 11/9 iaitu pada 2003/2004. Mereka campur tangan politik negara itu.

Tujuan sebenar ialah minyak. Tetapi mereka lapik dengan alasan memerangi keganasan. Hasilnya lebih 200,000 rakyat terbunuh dan lebih 2 juta menjadi pelarian.

b-     Amerika terselamat daripada tuduhan. Akan tetapi yang dipersalahkan ialah Kerajaan Sudan, dan ia menjadi modal penggulingan Omar Basyer pada April 2019.

Psywar dan serangan pemikiran

(1)     Peristiwa Darfur bukan pelik. Bahkan ia sudah menjadi trend Amerika untuk mengacau bilaukan negara-negara sasaran untuk merembat sesuatu kepentingan.

Sama juga framenya di Syria, Libya dan banyak lagi. Tak pelik kalau saya katakan termasuk Myanmar (Rohingya) dan China (Uyghur) sekalipun.

(2)     Saya sudah lontarkan perbincangan Rohingya dan Uyghur dalam artikel sebelum ini. Cuma, kisahnya masih tergantung. Yang pastinya, trend dunia hari ini ialah pertembungan antara Amerika dan China.

Frame Amerika ialah, mencorakkan persepsi dunia terhadap China. Maka, isu Uyghur mesti di‘up’ oleh Amerika sejak kebebelakangan ini sedangkan isunya sudah puluhan tahun.

(3)     Perlu faham rentak Amerika. Mereka lebih cenderung berperang dalam dunia psywar. Mempengaruhi minda masyarakat lebih penting daripada membunuhnya.

Hal ini kita boleh faham melalui agenda-agenda serangan pemikiran mereka dengan tiga serangkai, Liberalism, Kapitalis dan promosi Demokrasi.

(4)     Promosi Demokrasi telah berjaya menjatuhkan Soviet yang mengamalkan Autokrasi. Demokrasi juga dilihat ubat yang paling mujarab untuk mengekang kebangkitan Khilafah Islamiah.

Namun, sepertimana yang saya ceritakan awal tadi, awal 90-an mengajar Amerika bahawa Islam itu tetap menang sekalipun melalui sistem Demokrasi.

Arab Revolt satu kebodohan

(1)     Frame seterusnya selepas mempersembahkan pementasan keganasan Islam (Islamophobia), mereka datangkan Islam mengikut acuan Amerika yang dilihat sederhana.

Fokus utama mereka seperti biasa, mengekang kembalinya Sistem Khilafah Islamiah. Antara frame yang biasa dilakukan sejak dulu hingga ke hari ini ialah ‘divide and rule’.

(2)     Konsep pecah dan perintah ini diamalkan di zaman Imperialis, dengan memecah-mecahkan negara Umat Islam, supaya tidak berada di bawa satu pemerintahan.

(3)     Antara yang perlu dijadikan pengajaran ialah, saraf yang dimainkan oleh Amerika menghasut pembesar pembesar Arab untuk ‘membebaskan’ diri daripada ‘penjajahan’ Uthmaniah.

Ketika itu negara-negara Arab bersatu di bawah Khilafah Uthmaniah. Tetapi sentimen ‘penjajahan Uthmaniah ke atas Arab’ dimainkan oleh mereka.

Trend itu berterusan sehingga akhirnya negara-negara Arab mencetuskan Revolusi Agung Arab 1916/1917 sebagai tanda protes dan ingin bebas daripada penjajahan Uthmaniah.

(4)     Kebodohan orang Arab ketika itu ialah tidak sedar perancangan musuh untuk pecah belahkan Umat Islam. Sejurus Arab Revolt, Israel masuk beramai-ramai ke dalam Palestin.

Sehinggalah munculnya negara Haram Israel yang diisytiharkan oleh PBB pada 1947/48. Negara Arab yang merasa tertipu, bangkit menentang Israel di Palestin tahun berikutnya, namun kalah. Sudah terlambat.

Islamophobia dan Muslim Moderate

(1)     Frame perancangan ini sepatutnya dijadikan pengajaran. Sudah banyak catatan sejarah Umat Islam dikencing oleh musuh. Namun, berapa ramai yang ambil pengajaran?

(2)     Syed Qutb R.A pernah menceritakan tentang frame perancangan Amerika dalam tulisannya. Namun disekat dan dihukum gantung oleh kerajaannya sendiri.

Dalam penulisannya, beliau memberi amaran tentang kewujudan agamawan-agamawan yang dilatih oleh Barat, untuk membawa agenda Barat bagi mengekang kembalinya kesatuan Islam.

Dalil-dalil agama dimanipulasi oleh agamawan acuan Barat. Boleh rujuk dalam tulisan saya tentang laporan RAND Corporation yang menghuraikan agenda Muslim Moderate.

(3)     Muslim Moderate adalah orang-orang Islam ataupun agamawan yang telah teracuan dengan acuan Barat sebagai jalan baru kepada Islam pengganas (Islamophobia)

Bahasa mudahnya, Amerika mencetuskan Islamophobia bagi menyuburkan Islam sederhana mengikut acuan Amerika. Maka Umat Islam hari ini terpaksa ‘bergaduh’ sesama sendiri.

a-     Apabila gerakan Islam mengajak ke arah kebangkitan Islam, mereka akan dipertembungkan dengan Geng Muslim Tradisionalis yang menuduh gerakan Islam tidak ikut manhaj ilmu.

b-     Apabila gerakan Islam mengajak ke arah mengamalkan Islam secara syumul, Geng Muslim Sekular akan mengajar orang Islam supaya meninggalkan politik atas alasan kotor

c-     Apabila gerakan Islam mengajak ke arah kesatuan Islam atau mengembalikan khilafah, Geng Muslim Moderate akan menyuruh orang Islam fokus kepada amalan peribadi.

Arab Spring

(1)     Arab Spring menyaksikan bagaimana orang-orang Islam dilatih oleh Barat untuk mencetuskan kebangkitan. Sebagai satu baja menyuburkan lagi Islamophobia 2001.

Boleh rujuk artikel saya tentang Arab Spring beberapa hari lepas. Arab Spring 2011 merupakan Arab Revolt siri kedua, yang menyaksikan kebodohan orang Arab.

(2)     Apabila selesai Arab Spring, orang-orang Islam yang menjadi keldai Barat mula menuding jari kepada gerakan gerakan Islam sebagai punca cetusan.

Akhirnya gerakan Islam sekali lagi dihukum sebagai pengganas, teroris dan keras. Amerika bertepuk tangan, kerana agamawan acuan Barat sudah menjadi suara Barat.

(3)    Muslim Moderate lebih rancak bergerak pasca Arab Spring, memasarkan Islam versi Amerika di seluruh dunia. Umat Islam pastinya tertipu dengan slogan ini.

(4)     Apatah lagi sejurus Arab Spring munculnya golongan-golongan ISIS tajaan Barat, memakai topeng-topeng Islam bagi merancakkan lagi Islamophobia.

Mereka melaungkan slogan Khilafah Islamiah dengan cara keganasan, supaya menyuburkan fobia terhadap kesatuan atas nama Islam.

(5)     Perkataan Khilafah Islamiah difobiakan serta-merta. Muslim Moderate pula menyegarkan pertembungan itu dengan mengajak Umat Islam jauh daripada kesatuan.

Alasannya kesatuan Islam membawa kepada keganasan. Begitulah pertembungan yang sengaja di‘create’ oleh Barat dengan berbiji-caturkan agamawan acuan mereka.

Agamawan acuan Barat

(1)     Demikianlah frame permainan mereka terhadap Umat Islam sepanjang zaman. Umat Islam yang tidak mengkaji perancangan musuh tanpa sedar sudah menjadi biji catur.

Digerak-gerakkan oleh musuh, untuk memastikan Umat Islam itu kekal berpecah, tidak bersatu, dan hidup berseorangan. Jika agenda ini berjaya, bermakna Khilafah itu jangan mimpi untuk kembali.

(2)     Hari ini pimpinan-pimpinan negara Islam berteriak sana sini menempelak kekejaman terhadap Umat Islam. Ia lebih bagus daripada terus membisu.

Apa boleh buat? Hanya menempelak sahaja. Tiada kuasa, kerana Umat Islam hidup berpecah sana sini. Kalau ada gerakan Islam yang bangkit, cukup dengan meniup api pergaduhan sesama Umat Islam

(3)     Itu belum lagi dikira negara-negara Arab yang sudah normal dengan Amerika Israel. Lebih teruk ada yang semakin intim dengan Amerika sehingga sanggup menjadi keldai.

Amerika tak perlu bersusah payah menghantar tentera, atau membekalkan senjata. Cukup dengan kebodohan Umat Islam, telah menyumbang kepada kejayaan Barat.

(4)     Justeru, Barat perlu menjayakan projek pembodohan dengan melahirkan agamawan-agamawan yang menyeru ke arah perpecahan demi perpecahan.

Projek pembodohan mestilah dimulakan dengan menyebarkan virus kesilauan (الانبهار). Menyebabkan Umat Islam tersilau dengan agamawan acuan Barat.

Lantas menjadikan mereka itu sebagai kiblat dan sumber rujukan agama. Tidak lagi berhujah dengan al-Quran dan Hadis, tetapi berhujah dengan kalam kalam agamawan acuan Barat. – HARAKAHDAILY 17/12/2019

- Advertisement -
- Advertisement -