PAS Wilayah perkukuh kemahiran menulis berita

    - Advertisement -

    TITIWANGSA: Kursus Penulisan Berita PAS Wilayah Persekutuan telah berjaya dilangsungkan bertempat di Markas PAS Darul Ummah, di sini semalam.

    - Advertisement -

    Kursus ini bertujuan memperkemas kemahiran penulisan berita dalam kalangan petugas PAS untuk menggiatkan aktiviti penerangan kepada masyarakat umum.

    Kursus anjuran Lajnah Penerangan dan Media Baru PAS Wilayah Persekutuan ini menerima bimbingan Pengarang _HarakahDaily_, Ustaz Izwan Abdul Halim.

    Lebih 20 aktivis gerak kerja Penerangan PAS Wilayah Persekutuan telah didedahkan dengan teknik penulisan berita program, berita ucapan dan berita suasana sekitar.

    “Media perdana hari ini seharusnya bersikap adil dan telus dalam memberi informasi kepada masyarakat, bukan hanya bersikap berat sebelah terhadap pihak yang disokong.

    “Apatah lagi (tindakan) menggelapkan berita-berita yang sewajarnya diketahui oleh rakyat,” ujar penceramah mengharap kebebasan media tidak ‘dipasung’ pemerintah. – HARAKAHDAILY 16/12/2019

    - Advertisement -