PAS DUN Sg Tua bantu pelajar ‘Back to School’

    - Advertisement -

    GOMBAK: PAS DUN Sungai Tua telah menganjurkan program sumbangan kebajikan Back to School menjelang sesi persekolahan tahun 2020 yang diadakan di Batu Caves, di sini semalam.

    - Advertisement -

    Seramai 100 penerima mendapat manfaat dari inisiatif Pemuda PAS DUN Sungai Tua dengan kerjasama Jabatan Pilihan Raya DUN Sungai Tua dan Cawangan PAS DUN Sungai Tua.

    Turut terlibat menjayakan sama program ini adalah Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Gombak dan Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor.

    Program bermula dengan konvoi kebajikan disertai 20 motosikal dan pacuan empat roda menyerahkan sumbangan ke Kampung Tanah Gantian, Kampung Sungai Tua dan Kampung Nakhoda.

    Seterusnya, konvoi juga ke Kampung Sungai Kertas, Gombak Permai, Kampung Laksamana, Kampung Lalat, Taman Selayang, Taman Amaniah, Kampung Baru Batu Caves dan berakhir di Kampung Melayu Batu Caves.

    Timbalan Ketua Pemuda DUN Sungai Tua, Ustaz Muhammad Fadhlullah Md Hakim berkata, program ini dijayakan hasil komitmen seluruh PAS Cawangan, NGO Syabab Care yang mengumpulkan dana.

    “Hasil dari sumbangan yang terkumpul, PAS DUN Sungai Tua berjaya menyerahkan pelbagai sumbangan berupa beg sekolah, alat tulis baucar diskaun serta baucar tunai yang mana penerima boleh menebusnya di semua cawangan gedung pakaian Hari-Hari di Malaysia,” ujarnya.

    Kemuncak program di Markas PAS Cawangan Kampung Melayu adalah serahan sumbangan kepada masyarakat India di sekitar Batu Caves dirasmikan Timbalan Yang DiPertua PAS Gombak, Ustaz Hasbullah Ridzwan. – HARAKAHDAILY 16/12/2019

    - Advertisement -