Mangsa kebakaran Kg Titingan terima sumbangan PAS

    - Advertisement -

    TAWAU: PAS Kawasan Tawau telah menyantuni 23 keluarga yang kehilangan tempat tinggal akibat tragedi kebakaran menerusi sumbangan kepada mangsa di Kampung Titingan, di sini semalam.

    - Advertisement -

    PAS Kawasan Tawau bersama Dewan Pemuda serta Dewan Muslimatnya telah menyampaikan bantuan berupa bahan-bahan makanan dan keperluan dapur kepada setiap keluarga tersebut.

    Sumbangan disampaikan oleh Yang DiPertua PAS Tawau, Mohamad Husain yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bersama Setiausaha PAS Tawau, Ustaz Mohd Razale Sani.

    Menurut Ustaz Mohd Razale, pemberian berkenaan adalah hasil sumbangan PAS Kawasan dan orang ramai yang turut terkesan serta bersimpati dengan kejadian menimpa penduduk kampung itu.

    “Kejadian ini merupakan satu ujian dari Allah S.W.T dan kami berharap agar terjalin satu ikatan di antara kita untuk kebaikan bersama.

    “Walaupun sedikit, diharapkan sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban para mangsa,” katanya semasa memberikan berucap kepada mangsa-mangsa itu.

    Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Ahli Jawatankuasa PAS Tawau, Ustaz Mohd Riduwan Sirajuddin dan Pengerusi Lajnah Kebajikan Kemasyarakatan Muslimat PAS Tawau, Siti Arfah Asrisal.

    Dalam kejadian pada petang Sabtu, 7 Disember lalu sebanyak 23 rumah kediaman di blok 3 Kampung Tintingan musnah dalam kebakaran. – HARAKAHDAILY 16/12/2019

    - Advertisement -