Makan malam jana dana untuk aktiviti kebajikan

    - Advertisement -

    PASIR GUDANG: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Pasir Gudang telah menganjurkan Makan Malam Amal yang diadakan di PASTI Al-Kauthar 7, Jalan Tasek Bandar Seri Alam, di sini malam kelmarin.

    - Advertisement -

    Program yang dilangsungkan dengan kerjasama daripada Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Negeri Johor ini bertujuan mengumpulkan dana kebajikan dalam usaha membantu golongan memerlukan.

    Seramai 160 tetamu khas menyertai majlis ini sebagai penyertaan dan sumbangan dari jualan tiket dana yang seterusnya bakal merancakkan lagi gerak kerja kebajikan PAS ke lapangan masyarakat.

    Menurut Pengarah Program yang juga Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pasir Gudang, Roslita Rohani, walaupun penganjuran julung kali, tetapi penyertaan luar jangka itu membuktikan keprihatinan penyumbang.

    Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Abdullah Husin dalam ucapannya selain menghargai penyumbang, berharap usaha sama dicontohi lajnah lain ke arah memperkasakan usaha membantu masyarakat dengan aktiviti kebajikan PAS.

    Hadir sama memeriahkan majlis tersebut adalah ADUN Bukit Pasir, Kapten (B) Najib Lep dan Yang DiPertua PAS Pasir Gudang, Azhari Mohd bersama Ahli Jawatankuasa PAS Pasir Gudang. – HARAKAHDAILY 16/12/2019

    - Advertisement -