LGE remehkan potensi kurikulum, guru dan murid

- Advertisement -

KENYATAAN Guan Eng seperti yang dilaporkan ini adalah meremeh-remehkan (i) keupayaan kurikulum dan (ii) kemampuan guru dan murid.

Sedangkan pengenalan Tulisan Jawi yang dimuatkan sebanyak tiga muka surat ini adalah sangat penting bagi memperkenalkan nilai-nilai Bahasa Melayu dan identiti negara kepada anak-anak watan kita daripada pelbagai bangsa supaya dapat membentuk dan memelihara perpaduan dan keharmonian antara kaum di negara ini.

Daripada tiga muka tersebut, hanya 14 huruf (daripada 37 huruf) sahaja yang diperkenalkan dengan diulang-ulang penggunaannya sehingga lapan kali menerusi tujuh perkataan sahaja.

Melalui pelaksanaan pembelajaran dan pemudahcaraan yang berkesan oleh para guru, pasti amat mudah bagi murid-murid untuk mengenali tulisan ini dan menghayati objektif pengajarannya.

Ini adalah jauh berbeza dengan pembelajaran untuk menguasai sistem tulisan Cina yang berjumlah sehingga ribuan huruf dengan sekurang-kurangnya perlu mengetahui 500 huruf untuk mulai dapat membaca bahan bacaan umum dan perlu mengenali sehingga 3,386 huruf untuk membaca dan menulis dengan baik dalam Bahasa Mandarin.

Selain itu, murid-murid juga perlu menguasai beberapa nada bagi membezakan makna bagi setiap perkataan. Justeru, memanglah ia memerlukan kurikulum yang lengkap dan tempoh masa yang panjang untuk menguasainya.

Sekiranya Guan Eng tulus mahu membela Tulisan Jawi, sepatutnya beliau menggunakan kedudukan dan pengaruh beliau untuk memastikan Dong Jiao Zong membatalkan perhimpunan bertujuan membantah Tulisan Jawi yang dijadualkan pada 28 Disember nanti.

Sekian.

“Islam Memimpin Perpaduan”

DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus – HARAKAHDAILY 16/12/2019

- Advertisement -
- Advertisement -