Karnival Ummah Sejahtera dirai meriah warga Bakri

    - Advertisement -

    BAKRI: PAS Kawasan Bakri telah menganjurkan Karnival Ummah Sejahtera Bakri 2019 yang berlangsung dengan jayanya di PASTI At-Thohirah, Parit Buaya Sungai Abong, di sini semalam.

    - Advertisement -

    Karnival kali ini menampilkan kelainan berbanding tahun-tahun sebelum ini apabila mengadakan pelancaran kempen Buy Muslim First melalui pengeluaran direktori peniaga-peniaga Muslim.

    Selain itu karnival turut diisi dengan majlis sumbangan Back to School yang juga telah diberikan kepada pelajar-pelajar daripada golongan keluarga memerlukan.

    Majlis dirasmikan oleh Ketua Penerangan PAS Negeri Johor, Rusman Kemin dan turut dihadiri Adun Bukit Pasir, Kapten (B) Najib Lep serta Yang DiPertua PAS Bakri, Ustaz Kamalulnizam Mohd Suhut serta Timbalan Ketua Umno Bahagian Bakri, Dato’ Lokman Md Don.

    Kemuncak karnival adalah Ceramah Muafakat Nasional membariskan Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzzaman Mohamad bersama Rusman Dato’ Lokman.

    Karnival pada kali ini mendapat sambutan daripada masyarakat setempat melalui penyertaan pertandingan-pertandingan di sepanjang karnival ini seperti Beyblade, mewarna, gubahan bunga dan tuala serta sepak penalti. – HARAKAHDAILY 15/12/2019

    - Advertisement -