Boling Terbuka Ketua PAS Taman Dato’ Haron

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kejohanan Boling Terbuka Ketua PAS Cawangan Taman Dato’ Harun telah dianjurkan oleh PAS Cawangan tersebut bertempat di Bukit Jalil Resort Golf and Country Resort Bowling Centre, di sini hari ini.

- Advertisement -

Kejohanan ini juga turut disertai oleh Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Petaling Jaya, Ahmad Pohat Samsudin dan juga Ketua Muslimat PAS Petaling Jaya, Norliana Mohamad.

Kejohanan yang telah menjadi program tahunan ini disertai seramai 72 peserta dalam kalangan ahli PAS Petaling jaya dan keluarga serta sahabat handai mereka.

Selain dari itu, kejohanan ini turut meraikan sambutan hari jadi Setiausaha PAS Taman Dato’ Harun, Hasnan Hasan dan Setiausaha PAS Cawangan Seksyen 51A, Azlan Abdul Aziz serta isteri Ahmad Pohat, Falillah Kassim.

Selain sebagai aktiviti memasyarakatkan PAS, ia juga bertujuan mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan ahli PAS dan keluarga yang tercinta, serta mengukuhkan persaudaraan sesama Muslim. – HARAKAHDAILY 15/12/2019

- Advertisement -