Apa sebenarnya di sebalik Arab Spring?

Agenda Amerika, tetapi Gerakan Islam dipersalahkan

- Advertisement -

MADE in USA

(1)     2010 dan 2011 merupakan tarikh keramat ‘pelancaran’ agenda men‘spring’kan Arab. Projek ini sekalipun dirancang oleh Barat, tetapi hingga kini tiada jari yang menuding ke arah mereka.

Mereka yang dipersalahkan dalam isu ini ialah rakyat yang tidak tahu menahu dan gerakan Islam. Memang benar yang bangkit itu adalah rakyat, tetapi rancangan belakang tabir itu adalah kuasa luar.

(2)     Trend ini dapat kita lihat dalam banyak revolusi. Sama ada dari sudut warna revolusi, pemetaan semula Asia Barat dan laporan-laporan RAND Corporatioan.

Rakyat dipersalahkan kerana bangkit. Hakikatnya bukan kebangkitan itu yang salah, tetapi terpedaya-nya mereka dengan agenda Barat yang memperalatkan mereka.

(3)     Hal ini telah didedahkan oleh ramai orang antaranya Ahmed Bensaada dalam bukunya yang bertajuk ‘Arabesque’ [gambar] dan diulas oleh Stuart Jeanne Bramhall.

- Advertisement -



Ulasan tersebut diterbitkan oleh Global Research dengan tajuk, The Arab Spring: Made In USA bertarikh 22 Mac 2018. Bahkan ia tidak terhenti setakat ini.

(4)     Sekitar Oktober dan November tahun ini, beberapa berita menyiarkan kemungkinan berlakunya Arab Spring 2.0 apabila melihatkan krisis demi krisis yang tidak berkesudahan di negara-negara Arab.

Pergolakan-pergolakan ini digerakkan menggunakan biji-biji catur, dan bertan-tan dedak ditaburkan demi menjayakan agenda perang panjang.

Gene Sharp

(1)     Antara yang dikemukakan oleh Bensaada di dalam bukunya, Arab Spring mempunyai empat ciri unik yang sama;

a-     Tiada yang kebetulan, bahkan semuanya memerlukan perancangan yang berhati-hati dan jangka masa panjang yang melebihi 5 tahun oleh State Department, laluan CIA dalam yayasan-yayasan, George Soros, dan lobi pro-Israel.

b-     Semua berfokus secara eksklusif untuk menentang penindasan tetapi tidak digantikan dengan struktur kuasa autokratik yang menjadikan mereka berkuasa.

c-     Tidak ada protes Spring Arab yang menghala kepada sentimen anti-Amerika yang kuat penentangan terhadap Palestin dan Iraq.

d-     Semua pembakar kebangkitan Arab Spring adalah golongan kelas pertengahan, pemuda yang berpendidikan, tetapi selepas 2011 mereka itu menghilang.

(2)     Antara yang menjadi point awal oleh Bensaada, ialah individu penting yang dikenali sebagai Gene Sharp (1928-2018) yang merupakan ‘saintis politik’ bagi Amerika.

Gene Sharp mempunyai hubungan dengan Pentagon dan perisikan Amerika. Beliau merupakan pengasas Albert Einstein Institution yang dilihat memperkenalkan ‘Non-violent Regime Change’.

Institut ini antara yang memainkan peranan penting mencorakkan template dalam warna revolusi di Eropah Timur dan cubaan rampasan terhadap Hugo Chavez pada tahun 2002.

Melatih jaguh Arab Spring

(1)     Matlamat Amerika dalam Arab Spring adalah menggantikan ‘diktator despotik’ yang tidak popular. Dalam masa yang sama mengekalkan infrastruktur mesra Amerika yang membawa mereka berkuasa.

Pada mulanya perancangan mengikut apa yang digariskan oleh Sharp, khususnya dalam bukunya ‘From Dictatorship to Democracy’ yang diterbitkan pada 1994.

(2)     Di Libya, Syria dan Yaman, Amerika dan rakan kamcingnya dengan jelas menyatakan kesediaan untuk memperkenalkan tentera upahan setelah melihat ‘Revolusi Sharp’ gagal menghasilkan perubahan rejim.

(3)     Di dalam bukunya, Bensaada turut menyenaraikan secara tersusun setiap persidangan dan bengkel State Department yang dihadiri para jaguh Arab Spring.

Banyak juga peruntukan yang disalurkan untuk mempromosikan Demokrasi dan sewaktu dengannya seperti Kapitalism, Liberalism dan lain-lain untuk melatih jaguh-jaguh ini.

(4)     Bensaada di dalam penulisannya turut memberi tumpuan paling besar kepada demonstrasi di Dataran Tahrir, Mesir yang boleh dikatakan sebagai simbol kepada Revolusi Mesir.

The Washington Post telah menganggarkan kira-kira 10,000 rakyat Mesir mendapat latihan NED dan USAID dalam media sosial dan teknik penganjuran Nonviolent.

Jelas penajaan Amerika dan badan-badannya dalam menjayakan Arab Spring yang telah dirancang sekurang-kurangnya 5 tahun sebelum kejadian.

Penaja Arab Spring

Menurut pendedahan beliau, beberapa badan yang terlibat dalam penajaan Arab Spring antaranya;

a-     USAID (US Agency for International Development): Agensi Jabatan Negara yang bertanggungjawab dalam pembangunan ekonomi dan bantuan kemanusiaan dengan rekod pembiayaan projek ketidakstabilan, terutamanya di Amerika Latin.

b-     NED (National Endowment for Democracy): Organisasi kebangsaan yang disokong oleh State Department dan menaja CIA untuk mempromosikan ‘democratic insitutions’ di seluruh dunia, penaja utama bagi IRI dan NDI.

c-     IRI (International Republican Institute) : Badan Demokrasi yang mempromosikan organisasi yang dikaitkan dengan Republican Party yang hari ini dipengerusikan oleh Senator Sullivan dan dibiayai oleh NED.

d-     NDI (National Democratic Institute for International Affairs): Badan Demokrasi yang mempromosikan organisasi yang dikaitkan dengan Democratic Party, yang masih dipengerusikan oleh Madeleine Albright dan dibiayai oleh NED.

e-     OSI (Open Society Institute) : Diasaskan oleh George Soros pada tahun 1993 untuk mendanai Warna Revolusi di Eropah Timur. Juga merupakan penyumbang terbesar kepada Revolusi Arab Spring.

f-     Freedom House: Organisasi Amerika yang menyokong usaha Non-violent dalam masyarakat yang berhadapan dengan suasana penafian kebebasan atau diancam, dibiayai oleh USAID, NED dan Yayasan Soros.

g-     CANVAS (Center for Applied Non Violent Action and Strategies): Pada asalnya diasaskan oleh aktivis Serbia dari Otpor yang dibiayai dan dilatih oleh Amerika untuk membuang Slobodan Milosevic. Berperanan dalam melatih aktivis Arab Spring. Dibiayai oleh Freedom House, IRI dan OSI

Latihan dan pendedakan

(1)     Antara maklumat paling penting yang didedahkan oleh Bensaada berkenaan bekas anggota polis Mesir bernama Omar Afifi Suleiman mengatur protes di Dataran Tahrir dari pejabatnya di Washington secara jarak jauh.
 
(2)     Menurut Wikileaks, NED membayar Suleiman setiap tahun lebih $ 200,000  antara 2008-2011. Dalam menggerakkan projek menghuru-harakan Mesir

(3)     Ada yang mengikuti latihan gerila yang ditaja oleh CIA, Mossad, Chad dan Arab Saudi. Beberapa bulan selepas pembunuhan Gaddafi, orang yang sama mengetuai misi  menumbangkan Assad di Syria.

(4)     Antara tahun 2005 dan 2010, State Department menabur dedak $12 juta kepada kumpulan pembangkang yang menentang Assad. Bahkan Amerika juga menaja projek saraf melalui saluran TV kabel anti-kerajaan Syria.

(5)     Segelintir aktivis Syria (anti-kerajaan) menerima latihan Amerika secara percuma dalam cyberactivism dan perlawanan non-violent sejak tahun 2006.

Demikianlah beberapa fakta yang dikemukakan oleh Bensaada bagi menggambarkan agenda Amerika dalam mencatur Arab Spring. Kerja Amerika, tetapi gerakan Islam dipersalahkan.

Mangsa adalah rakyat. Selepas negara sudah huru-hara, geng Muslim Moderate muncul mencaci rakyat negara yang ditindas, dan gerakan Islam atas alasan keganasan.

Amerika yang menjadi dalang utama tidak dipersalahkan. Begitulah cara Muslim Moderate. Sehingga sekarang, topik ini dimainkan bagi mengekang gerakan Islam. – HARAKAHDAILY 14/12/2019

- Advertisement -