Harakah Wadah BPMS – PJ Kedah

- Advertisement -

BUDAYA Politik Matang Sejahtera yang digagas oleh PAS mendorong pemberitaan yang berasaskan kebenaran bukannya persepsi. Justeru, seluruh ahli PAS disaran menjadikan Harakah sebagai sumber berita utama kerana ia menepati teras pemberitaan sebenar. Harakah adalah sumber rasmi informasi organisasi PAS, yang pastinya menyiarkan pendirian sebenar PAS dalam apa jua isu.

- Advertisement -

Oleh kerana trend semasa penduduk dunia kini yang sentiasa mahukan berita yang terkini dan segera, maka ahli-ahli PAS hendaklah menjadikan Harakahdaily sebagai sumber berita yang boleh diakses dengan mudah di mana-mana.

Dalam dunia yang serba pantas hari ini, sumber maklumat boleh didapatkan di mana-mana, namun sebagai ahli PAS, jadikanlah Harakah bercetak dan Harakahdaily sebagai sumber berita utama kita.

Jika semua ahli PAS dapat menyokong sumber berita PAS dengan melanggan atau melayari Harakah dan Harakahdaily; maka kedua-dua sumber berita tersebut akan mendapat rating tinggi, sekali gus akan menarik minat orang ramai untuk terus membaca atau melayari Harakah.

USTAZ AHMAD YAHYA
Pesuruhjaya PAS Kedah
12 Disember 2019 – HARAKAHDAILY 12/12/2019

- Advertisement -