Santai Anak Muda Pekan bersama Rody Kristal

- Advertisement -

PEKAN: Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan telah berjaya mengadakan program santai anak muda di Dewan Perumahan Komuniti, Kuala Pahang, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Program julung kali diadakan itu dihadiri oleh Timbalan Yang DiPertua PAS Pekan, Ustaz Mohd Fadhil Noor Abdul Karim dan Tok Empat Kuala Pahang, Mazlan Mohamad serta pimpinan PAS Cawangan Kuala Pahang.

Program sempena cuti sekolah ini mengetengahkan elemen hiburan Islam dalam menyantuni anak muda dengan menampilkan gitaris terkenal, Rody Kristal.

Menurut Ustaz Fadhil, keberhasilan daripada Muafakat Nasional, program seumpama ini dapat diadakan dengan jayanya sekali gus memperkenalkan PAS bukan sahaja sebagai sebuah parti politik, malah PAS juga begitu komited dengan dakwah dan tarbiyah.

Malahan katanya, pengisian setiap program yang dijalankan selama ini amat bersesuaian di semua peringkat usia.

Jika sebelum ini alat muzik bertali seperti gitar seringkali dikaitkan dengan lagu rancak, namun gemersik petikan gitar Rody Kristal dengan melodi selawat telah memberi sisi berbeza dan ternyata hadirin begitu teruja dengan persembahan beliau.

Hadirin juga tidak melepaskan peluang bergambar, malah menyertai pertandingan swafoto bersama beliau dengan ‘Like’ paling banyak, selain turut diserikan dengan cabutan bertuah. – HARAKAHDAILY 11/12/2019

- Advertisement -