Pensyarah terima Diploma Eksekutif Keusahawanan

    Majlis Graduasi UMK.
    - Advertisement -

    KOTA BHARU: Seramai 46 graduan terdiri daripada pensyarah dan pentadbir Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berjaya menamatkan pengajian Diploma Eksekutif Keusahawanan.

    - Advertisement -

    Naib Canselor UMK Prof Dato’ Dr Noor Azizi Ismail berkata, mereka merupakan generasi pertama program terbabit yang mula dilaksanakan sejak 2016 di UMK.

    “Diploma Eksekutif Pengurusan Enterprais ditawarkan kepada kumpulan pentadbir gred 41 hingga 52 berstatus tetap.

    “Diploma Eksekutif Pendidik Keusahawanan pula ditawarkan kepada semua staf akademik berstatus tetap serta kontrak.

    “Kursus tersebut diwujud bagi memantapkan lagi ilmu keusahawan dalam kalangan kakitangan universiti supaya menjadi pemangkin terhadap hasrat kita untuk menjadi sebuah pusat pengajian berteraskan keusahawanan,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Graduasi Diploma Eksekutif Keusahawanan di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa, semalam. – HARAKAHDAILY 11/12/2019

    - Advertisement -