Penjawat awam Perlis dapat RM600

    OLYMPUS DIGITAL CAMERA
    - Advertisement -

    KANGAR: Kerajaan Perlis mengumum pemberian bayaran bantuan khas sebanyak RM600 kepada penjawat awam negeri Gred 54 hingga ke bawah.

    - Advertisement -

    Manakala RM300 bagi pesara dan RM350 golongan pesara yang dilantik semula secara kontrak.

    Menteri Besar Dato’ Seri Azlan Man berkata, pembayaran itu akan dibuat pada 18 Disember ini membabitkan implikasi kewangan keseluruhan pembayaran hampir RM698,000.

    “Kerajaan Negeri juga mengumumkan tambahan RM50 sebulan untuk Kadar Bantuan Sara Hidup (elaun Cola) mulai 2020,” katanya selepas membentang Bajet Perlis 2020 sempena persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Kompleks Dun Kangar, semalam.

    Perkasa peranan masjid

    Dalam pada itu, Perlis berusaha memperkasakan program pembangunan rohani sebagai agenda penting Kerajaan Negeri bagi mewujudkan generasi muda lebih progresif.

    Sehubungan itu peruntukan sebanyak RM16 juta disediakan bagi memastikan fungsi masjid diimarah dengan lebih selesa.

    Azlan berkata, institusi masjid merupakan institusi penting yang perlu diperkasa dan berperanan sebagai pusat pembangunan ummah.

    “Sebanyak lima masjid terlibat dengan program berkenaan antaranya Masjid Al Hakim, Padang Malau; Masjid Al Munir, Kuala Perlis; Masjid Al Khauthar, Paya Beseri; Masjid As Solihin, Kampung Bawah Bukit dan Masjid Nurul Hikmah Wang Bintong,” katanya ketika membentangkan Bajet Perlis 2020 pada persidangan Dun semalam. – HARAKAHDAILY 11/12/2019

    - Advertisement -