Jabatan Pertanian tafsir kerugian petani

    Wan Hassan Wan Ibrahim dan Abdul Azziz Kadir berbincang dengan petani serta agensi kerajaan.
    - Advertisement -

    PASIR PUTEH: Pejabat Pertanian Negeri membuat taksiran berhubung kerugian yang ditanggung petani khususnya penanam keledek vitato di Semerak akibat banjir baru-baru ini.

    - Advertisement -

    Adun Semerak Wan Hassan Wan Ibrahim berkata, borang mengenai perkara itu diedar kepada petani terlibat untuk dibuat bancian.

    Manakala Jabatan Parit dan Saliran (JPS) katanya akan menggali parit berhampiran ladang berkenaan.

    “Bukan hanya Sungai Pak Yakub, anak sungai lain yang ada di sekitar kawasan ladang juga perlu digali bagi mengelakkan kejadian serupa berulang,” katanya di sini.

    Baru-baru ini petani vitato Semerak mendakwa mengalami banyak kerugian akibat tanaman mereka ditenggelami banjir.

    Dianggarkan seluas 200 hektar kawasan tanaman berkenaan yang diusahakan 400 penduduk tempatan ditenggelami air ekoran hujan lebat.

    Kawasan berkenaan dahulu ditanam tembakau sebelum petani beralih kepada tanaman ubi vitato.

    Semalam, Pengerusi Pertubuhan Peladang, Dato’ Mazlan Aliman melawat ladang tersebut dan memberi jaminan bagi membantu petani terbabit. – HARAKAHDAILY 11/12/2019

    - Advertisement -