Akademi Ameerah berjaya lahirkan ikon wanita muda

- Advertisement -

SHAH ALAM: Pentas Akhir dan Majlis Graduasi Akademi Ameerah 1.0 telah disempurnakan oleh Ketua Muslimat PAS Kawasan Shah Alam, Wan Sawiah Wan Nik di Dewan An-Nabawi, Desa Alam, Seksyen U12, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Akademi bertemakan seni pengucapan awam ini adalah kesinambungan daripada empat siri yang dijalankan selama 4 bulan berturut-turut dengan 15 peserta layak ke pentas akhir selaku ikon kelahiran program ini.

Persembahan memberangsangkan ditampilkan barisan ikon ini dilihat sebagai hasil daripada potensi diri yang digilap dan dikembangkan di akademi di bawah bimbingan Murabbiah, Ustazah Azizah Mohd Zaidi.

Sekali gus, ianya berjaya mencapai tujuan Akademi Ameerah untuk melahirkan ‘public figure’ dalam kalangan wanita muda melalui aktiviti telah disusun para panel berpengalaman kepada para peserta.

Ketua Ameerah Shah Alam, Nuraida Awang menyatakan kesediaan pihaknya untuk melangsungkan program seumpama di masa akan datang, manakala Pengarah Program, Siti Falihah Yaakob berharap para ikon menyumbang peranan berdasar latihan diterima mereka.

Hadir sama memeriahkan majlis adalah wakil Ameerah Negeri Selangor, Ummul Khairun Adilah Mohamad Tahir serta pimpinan Muslimat PAS Shah Alam dan lain-lain. – HARAKAHDAILY 11/12/2019

- Advertisement -