Umno pinda perlembagaan, kejayaan Muafakat Nasional

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
- Advertisement -

ALOR SETAR: Pindaan Perlembagaan Umno dengan meletakkan Islam di hadapan membuktikan Muafakat Nasional demi Islam berjaya mencapai matlamatnya.

- Advertisement -

Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Ahmad Yahaya berkata, Islam adalah agama sejagat yang bersifat universal, syumul dan terbukti di lakaran sejarah menjadi penyatu pelbagai bangsa serta membawa pembangunan tamadun kemanusiaan yang hebat.

“Sistem ciptaan manusia telah terbukti gagal menjadi penyelamat dan penyatu ummah, justeru itu PAS Kedah mengucapkan tahniah kepada semua perwakillan dan pemimpin Umno kerana berjaya membuat satu perubahan yang sangat baik,” ujar beliau.

Katanya, langkah bijak itu bukan sahaja akan mengukuhkan lagi ikatan dan matlamat Muafakat Nasional antara kedua-dua parti malah secara tidak langsung menjadi tempat kukuh khususnya kepada orang Melayu yang cintakan Islam untuk berpaut.

“Benarlah apa yang disebut, Muafakat Nasional, bukan PAS ikut Umno dan Umno juga tidak tiru PAS, tetapi PAS dan Umno ikut Islam.

“Tidak seperti ‘orang belah sana’ (PAN), sanggup mencadangkan agar membatalkan pertubuhan yang menggunakan nama Islam,” ujarnya.

Amatlah tidak wajar katanya, di saat manusia berusaha mendekati Islam, PAN pula hendak menjauhinya malah lebih buruk lagi menghalang persatuan menggunakan nama Islam.

“Islam sepatutnya disemarakkan bukannya disempitkan.

“Ketika Umno semakin mengukuhkan Islam, PAN pula semakin menguncup dari perjuangan Islam, ataukah mereka senada dengan cadangan salah seorang Senator dari DAP yang pernah mencadangkan agar Islam digugurkan dalam kad pengenalan?” soal beliau. – HARAKAHDAILY 10/12/2019

- Advertisement -