Perdana Menteri dua penggal sahaja

Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.
- Advertisement -

RANG undang-undang meminda perlembagaan dibentangkan di Parlimen bagi menghadkan perkhidmatan Perdana Meneri dua penggal saja.

- Advertisement -

Rang pindaan dibawa oleh kerajaan tentulah dengan persetujuan Perdana Menteri, satu-satunya Perdana Menteri Malaysia yang berkhidmat lebih 20 tahun. Yang kedua lama ialah Tunku Abdul Rahman Putra selama 13 tahun.

Yang mula-mula menghadkan tempoh dua penggal itu ialah Amerika yang menang perang kemerdekaan dari Britain. Panglimanya George Washington menolak menjadi Raja dan menjadikan Amerika sebagai republik dengan dia jadi Presiden.

Lepas itu banyaklah negara di dunia menghadkan ketua kerajaannya dua penggal. Amerika dua penggal lapan tahun dan jika tidak silap Perancis selepas De Gaule menetapkan Presidennya dua penggal tetapi tujuh tahun sepenggal.

Paling panjang penggal Parlimen Malaysia lima tahun, ada Perdana Menterinya boleh paling panjang 10 tahun.

Indonesia punya pengalaman buruk kerana dua Presiden terawalnya, Sukarno dan Suharto masing-masing lebih 20 tahun. Tidak banyak baiknya masa itu bukan kerana lama mereka jadi Presiden tetapi sistem yang dipakai tidak demokrasi. Jika pemerintahan itu lama tapi yang terpakai demokrasi, peluang salah guna kuasa itu payah kerana demokrasi dapat menguatkuasakan semak dan imbang atas perjalanan kerajaan.

Britain tidak menghadkan Perdana Menterinya dua penggal. Demikian juga Jerman. Kerana masyarakatnya sudah madani dan demokrasinya sudah sebati, payah bagi Perdana Menteri atau Canselor melepasi dua penggal.

dikira Perdana Menteri Britain yang cemerlang. Demokrasi memberinya lebih dari dua penggal. Justeru lama tempoh banyak pula kesilapan, maka demokrasi menamat perkhidmatannya, bukan kerana undang-undang melarangnya lebih dari dua penggal.

Canselor Jerman Barat yang pertama Adenuar berkhidmat sampai dua penggal tetapi tidak setua Dr. Mahathir. Rakyat dan Kerajaan Jerman tidak banyak masalah dengannya, kerana demokrasinya sihat. Jika dia hendak berkhidmat sampai matipun mereka tidak ada masalah.

Bagi Malaysia, demokrasinya selama 60 tahun dulu banyak tempang dari lurus. Demokrasinya tidak mampu menyemak imbang Perdana Menteri, hingga demokrasi berparlimen dirasa sebagai diktator berparlimen.

Ada yang merasa Tunku terlalu lama memerintah, merugi bangsa dan negara. Tetapi penggantinya Tun Razak lebih atau kurang sepenggal lebih banyak rebut dari zaman Tunku. Gangguan komunis tumbuh di bandar-bandar, rakyat dan Umno berpecah. Tun Hussein Onn tidak lama. Jika ada silapnya Mahathir sempat membaikinya.

Tapi terlalu lama Mahathir. Dia boleh menyatakan pemerintahan dulunya banyak baik atau buruknya lebih.

Yang menimbul isu tempoh PM itu tidak lebih dari dua penggal kerana kerenah lamanya dia berkuasa. Orang lain senang mengira pemerintahannya buruk. Tetapi polisi industrinya dikira berjaya. Demi mengubah cara hidup lama kepada kemajuan payah dicapai kiranya dia diberi masa pendek.

Singapura tidak semaju sekarang kiranya Lee Kuan Yew diberi dua penggal. Boleh dikira dia memerintah sepanjang hayat. Bukan pendek lama menentukan pemerintahannya tetapi masa yang cukup diberi kepadanya.

Dua penggal untuk PM seolah menempelak muka Mahathir sendiri. Adakah peluang lama baginya dulu tidak betul? Bila dia setuju masa itu disingkatkan, bererti tempoh lamanya dulu tidak betul. Dia perlu berhenti lebih awal. Mungkin menghadkan tempoh itu betul, tetapi Britain tidak perlu memperundangkannya. Jika dirasakan pemimpin itu elok biarkan masa seenaknya. Jika ia tidak mampu ramai PM Britain bertukar kurang dari sepenggal.

Yang Australia buat belum tentu elok, yang Brtain buat belum tentu buruk. Yang penting masyarakat madaninya kukuh. – HARAKAHDAILY 9/12/2019

- Advertisement -