Presiden PAS lancar Kempen Sekampit Beras

KHIDMAT Malaysia (KM) telah melancarkan kempen Sekampit Beras Untuk Mangsa Banjir Pantai Timur semasa mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, petang semalam. Pelancaran telah disempurnakan oleh Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Kempen ini mensasarkan sumbangan sebanyak 5,000 kampit beras seberat 5 kg untuk disampaikan kepada mangsa bencana banjir di Pantai Timur.

Advertisement

Sumbangan boleh disampaikan dalam bentuk kampit beras ataupun disalurkan terus sejumlah RM15 bagi sekampit beras ke akaun Khidmat Malaysia melalui akaun Maybank 564294310529 dan maklumkan sumbangan tersebut melalui WhatsApp ke talian 011-15406625 atau 012-6935938

Turut bersama semasa pelancaran ini adalah Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man (Timbalan Presiden), Dato’ Takiyuddin Hassan (Setiausaha Agung), Ustaz Mohd Yusni Mat Piah (Pengerusi KM) dan Dr Rosni Adam (Timbalan Ketua Pengarah KM).

KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
Ketua Pengarah KHIDMAT MALAYSIA Pusat
11 Rabiul Akhir 1441 / 8 Disember 2019 – HARAKAHDAILY 8/12/2019