ICERD 812 : Setahun kebangkitan rakyat tolak pengkhianat negara

- Advertisement -

TANGGAL 8 Disember 2018 merupakan salah satu tarikh dalam lipatan sejarah bagi rakyat Malaysia yang menyaksikan himpunan gergasi menyatakan bantahan terhadap ICERD di Dataran Merdeka sehingga liputannya menjangkau ke luar negara.

- Advertisement -

Perhimpunan membantah ratifikasi Konvensyen Antarbangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dianjurkan sebagai signal kesepaduan rakyat terhadap kemakmuran dan keharmonian negara tanpa mengira latar belakang politik.

Berdasarkan ICERD, memberi keistimewaan kepada sesuatu kumpulan mengikut kaum adalah diskriminasi. Lalu ICERD ingin dilaksanakan bagi mengiktiraf kebebasan pemikiran, kesedaran dan agama sebagai hak yang perlu diberi tanpa diskriminasi berasaskan kaum.

Memetik kata kata Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,” mengiktiraf ICERD laksana menebuk lubang dinding rumah kita bagi memberi laluan kepada nyamuk aedes masuk ke dalam rumah kerana hanya melihat pembiakannya daripada air yang bersih, tanpa menyedari terhadap bahayanya yang boleh membawa maut”.

PAS konsisten menolak ICERD kerana ia bercanggah dengan Perlembangan Negara. Antaranya, Artikel 160 Perlembangan Persekutuan jelas mendefinisikan Melayu sebagai beragama Islam. Oleh itu, orang Islam dan orang bukan Islam mempunyai undang-undang yang berbeza dalam beberapa aspek seperti undang-undang keluarga, perwarisan dan lain lain.

Selain itu, Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan secara jelas juga menyebut untuk menjamin hak hak kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak tanpa had masa ataupun objektif yang telah dipersetujui.

Sejarah Himpunan ICERD merupakan titik permulaan Muafakat Nasional diantara PAS dan UMNO yang mempunyai matlamat yang sama iaitu mempertahan agama Islam, keistimewaan bangsa Melayu dan memelihara institusi raja berpelembagaan.

Jangan ada lagi cubaan bagi merobek perkara yang telah dipersetujui oleh semua kaum semenjak pembentukan Malaysia.

Suara Rakyat Suara Keramat

‘Islam Memimpin Perpaduan’
‘Muafakat Nasional, Membina Malaysia Sejahtera’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
8 Disember 2019 | 10 RabiulAkhir 1441H – HARAKAHDAILY 8/12/2019

- Advertisement -