Syabab Care bina semula masjid di Lombok

- Advertisement -

LOMBOK, Indonesia: Syabab Care Malaysia bina semula Masjid As Syabab di Pamenang, Lombok Utara yang musnah akibat gemba bumi tahun lalu dengan usaha melaksanakan misi kebajikan 7.0 dan 8.0 pasca gemba bumi itu.

- Advertisement -

Pembinaan semula masjid tersebut turut melibatkan pembangunan dua buah bilik kuliah yang memakan belanja RM750,00 dengan menjadikan 30 November sebagai hari pertama peletakan batu asas.

Sementara itu, Syabab Care Malaysia juga bakal menjalankan projek wakaf 1,000 telaga untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik memandangkan masalah bekalan air di lokasi tersebut sangat kritikal.

Keadaan itu bertambah buruk dengan kunjungan musim kemarau sembilan bulan yang akan menyebabkan banyak lokasi mengalami masalah ketiadaan air bersih.

Upacara peletakkan batu asas tersebut dirasmikan oleh Pengarah PASRelief, Yusni Mat Piah dan turut dihadiri oleh Bupati Lombok Utara, Bapak H Najmul Akhyar, Presiden Syabab Care Malaysia, Mohd Taufik Yusof, dan Ketua DPD PKS Lombok Barat, Wahid Syahril dan penduduk setempat.

Hasil dorongan daripada PASRelief, Syabab Care Malaysia menyahut cabaran meletakkan fokus membantu misi kebajikan di Lombok menjadikan peletakan batu asas sebagai misi kelapan Syabab Care Malaysia menghulurkan bantuan di sini.

Sementara itu, kata-kata taujihat daripada Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, turut menjadi semangat buat Syabab Care Malaysia meneruskan misi ini.

Menurut Abdul Hadi, beliau turut menyokong tindakan tersebut memandangkan beliau berpendapat bahawa umat Islam di nusantara perlu diberi perhatian dan bantuan.

Katanya, kerja-kerja kebajikan ini dengan izin Allah S.W.T, akan diberi ganjaran pahala dunia dan akhirat serta mendapat kelebihan dunia dari segi kemenangan Islam. – HARAKAHDAILY 4/12/2019

- Advertisement -