Rompin anjur PROTAPAS persiap generasi pejuang

- Advertisement -

ROMPIN: Dewan Pemuda PAS dan Ameerah Kawasan Rompin telah bekerjasama apabila buat julung kalinya menganjurkan Program Tarbiyah Anak Ahli PAS (PROTAPAS).

- Advertisement -

Program dua hari satu malam ini melibatkan 22 peserta ini telah dilangsungkan di Markas PAS Cawangan Keratong Tiga, di sini pada 30 November dan 1 Disember baru-baru ini.

PROTAPAS siri pertama peringkat Taarif ini bertujuan memantapkan asas Islam dalam kalangan anak-anak ahli PAS menggunakan silibus yang telah disusun oleh Dewan Pemuda PAS Pusat.

Program berkala setiap empat kali setahun ini juga untuk memupuk kefahaman mengenai akidah dan tasawwur Islam yang sebenar, serta kesedaran mengenai perjuangan.

Majlis penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Yang DiPertua PAS Rompin, Ustaz Mohd Nazri Ahmad yang berharap PROTAPAS akan melahirkan generasi pejuang masa depan. – HARAKAHDAILY 4/12/2019

- Advertisement -