Tema ‘Pendekar’ hilangkan rasa takut peserta sunathon

    - Advertisement -

    BANGI: PAS Cawangan Teras Jernang buat julung kalinya telah menganjurkan program Sunathon Perdana dengan kerjasama Jabatan Amal Malaysia Kawasan Bangi yang dijalankan di PASTI As-Syakirin, Teras Jernang, di sini.

    - Advertisement -

    Acara bermula dengan perarakan 16 peserta program khatan ini menaiki kenderaan khas mengelilingi kampung dan disambut dengan paluan kompang, bacaan selawat dan nasyid oleh pasukan Kompang Teras Jernang, kelmarin.

    Sempena tema ‘Pendekar Cilik’, para peserta juga tampil dengan pakaian kepahlawanan dan dilengkapkan lagi dengan simbolik pemberian pedang permainan diiringi lagu Semerah Padi bertujuan meniupkan semangat.

    Penampilan para peserta turut dinilai dan tiga daripada mereka diberikan Anugerah Pendekar Tampan di mana semua pendekatan penganjur ini sebagai motivasi psikologi agar peserta tidak berasa takut untuk bersunat.

    Prosedur khatan program diketuai Farid Md Soot ini telah disempurnakan oleh dua mudim jemputan dengan bantuan anggota Jabatan Amal Bangi pimpinan Komanden, Baharuddin Roz menggunakan teknik laser. – HARAKAHDAILY 3/12/2019

    - Advertisement -